Uwahh, cantiknya badan model! Flawless betul anggota badan mereka ni. Agak-agak produk apa yang digunakan eh untuk mereka ni dapatkan kulit yang flawless pada badan mereka, mesti guna produk mahal-mahal.
Pandangan atau pemikiran sebegini ada kalanya akan muncul di fikiran apabila melihat sendiri tubuh model yang licin tanpa sebarang masalah kulit mahupun parut! Bagi model, mereka sangat menitik beratkan penjagaan kulit dan kecantikan kulit pada seluruh anggota tubuh badan mereka.
Tubuh mereka adalah aset dalam kerjaya mereka, ya lah berada di dalam bidang permodelan ini tubuh yang flawless menjadi salah satu kriteria bukan?
Berbalik kepada isu kecantikan tubuh yang flawless ni, para model mempunyai tips serta kaedah penjagaan kecantikan untuk menjaga kulit mereka. Nah di bawah Wanista serta beberapa tips daripada model tentang penjagaan kecantikan seluruh anggota badan!
Penjagaan Kecantikan Kaki Oleh Model Bailey West
Bailey West memiliki penjagaan rutin kaki yang tersendiri. Menurut Bailey, kaki seorang model harus dijaga dengan rapi dan elakkan dari masalah terkikis mahupun lebam. Jika kakinya terdapat kesan lebam atau terkikis akan melakukan ini pada kakinya.
Minyak Lavender Asli
Bailey akan akan merendam kapas bulat dengan minyak lavender asli dan kemudian kapas bulat tersebut diletakan di kawasan lebam tersebut selama beberapa jam untuk menghilangkan lebam tersebut.
Dan ianya berkesan! Lagipun, lavender merupakan agen anti-keradangan, oleh sebab itu, minyak lavender dapat membantu menghilangkan lebam dan menjadikan kulit kaki kembali licin.
Cukur Secara Lembut
Macam Bailey ni, kakinya flawless dengan mencukur bulu kakinya. Mungkin perihal mengcukur bulu kaki bukanlah satu perkara pelik, tetapi Bailey menggunakan sabun bar Dove pada kakinya, sabun tersebut digesek pada kulit kakinya sehingga berbuih dan kemudian dicukur secara lembut.
Menariknya menurut Bailey bulu kakinya, kini kakinya sudah lama tidak dicukur setelah mencukur dengan melalukan sabun bar tersebut.
Patutlah licin je kakinya tanpa sebarang bulu kaki!
Penjagaan Kecantikan Tangan Oleh Model Yana Zinovyena
Yana Zinovyena merupakan model bagi jenama terkemuka dunia seperti Dior, Estèe Lauder dan Sally Hansen. Bagi Yana Zinovyena anggota badan merupakan aset yang paling bernilai dan penjagaan kecantikan diri harus dilakukan dengan tertib.
Dan ini adalah diantara rutin penjagaan kecantikan yang dilakukan oleh Yana dalam menjaga kecantikan tangannya!
Kuku Harus Sentiasa Bersih
Biasanya jika Yana tidak bekerja, dia akan membiarkan kukunya tanpa sebarang pengilat. Menggunakan pengilat kuku pada kuku akan menyebabkan kuku berubah menjadi warna kuning.
Krim Tangan Satu Kemestian
Bagi Yana, penggunaan krim tangan adalah satu kemestian. Untuk mendapatkan tangan yang lembut dan lembap, penggunaan krim tangan adalah wajib dan semasa pemakaian krim tersebut, Yana akan mengurut tangannya. Rutin ini dilakukan pada setiap hari sebelum masuk waktu tidur.
Manicure Secara DIY
Siapa kata penjagaan kuku perlu pergi ke salon manicure yang mahal-mahal? Nah, model terkenal seperti Yana Zinovyena sendiri melakukan manicure secara DIY yang sudah tentunya menjimatkan!
Bentuk sendiri kuku yang diingini dengan set manicure yang boleh dibeli di kedai-kedai. Dan rutin ini boleh di lakukan dirumah dalam keadaan yang tenang dan selesa.
Penjagaan Kecantikan Tapak Kaki Oleh Model Serafin Margolis
Serafin Margolis merupakan seorang penari balet sejak kecil, kerjayanya sebagai model bermula apabila agensi permodelan mencari tapak kaki yang memiliki kulit yang lembut, memiliki bentuk jari kaki dan kuku yang cantik.
Dan agensi permodelan tersebut memberi komen bahawa kakinya cantik dari situlah kerjaya permodelan Serafin bermula. Macam mana Serafin ni jaga tapak kaki ni? Mesti ramai yang inginkan rahsia kecantikan penjagaan tapak kaki bukan?
Mandian Air Garam Hangat
Penggunaan garam di dalam mandian telah menjadi sinonim di kalangan masyarakat kini bagi mengekalkan kesihatan dan sebagai aroma terapi. Bagi Serafin pula ia digunakan untuk menjadi urat kakinya bebas dari tekanan.
Dengan merendam kaki dengan air garam yang hangat, ia secara tidak langsung akan menanggalkan kulit mati dan kulit mengelupas dengan mudah.
Krim Rawatan Kaki
Selain merendam kaki dengan mandian air garam hangat, Serafin sangat menitik beratkan penggunaan krim rawatan kaki agar kakinya sentiasa lembut, lembap dan mengelakan kaki daripada mengelupas dan berkerak. Penjagaan kaki bagi Serafin amat penting kerana ia merupakan aset penting dalam kerjaya modellingnya.
Penjagaan Kecantikan Punggung Oleh Model Vera Casagrande
Vera Casagrande merupakan seorang bekas gymnas dan pernah tampil sebagai cameo untuk kempen pakaian dalam Kenneth Cole dan Silkies. Untuk tampil berani dan berkeyakinan dengan memperagakan pakaian dalam, punggung merupakan salah satu anggota badan yang penting buat Vera.
Punggung yang cantik tanpa sebarang kesan renggang mahupun garisan-garisan buruk adalah impian dan idaman setiap wanita. Nah ini tips dari Vera Casagrande dalam menjaga kulit punggung agar kekal cantik dan tegang!
Punggung Cantik Dengan Senaman
Punggung merupakan salah satu anggota badan yang mudah kendur dan mengeleber jika tidak di kawal selia dengan aktiviti rutin seperti bersenam. Lakukan senaman ringkas seperti skuad bersama dumbbell untuk beberapa set setiap hari atau dua ke tiga kali seminggu dapat membantu mengekalkan bentuk punggung yang diingini.
Dan ini apa yang dilakukan oleh Vera dalam menegangkan punggung dan pahanya.
Kekal Hidrat Dari Luar Dan Dalam
Bagi Vera penting bagi dirinya kekal hidrat dari luar dan dalam diri, caranya pun cukup mudah. Banyakkan minum air masak untuk mengekalkan kelembapan dari dalam diri.
Manakala untuk menjaga kelembapan dari luar pula adalah, mengenakan minyak untuk mengekalkan kelembapan dari luar dan sekaligus menjadikan kulit punggung lembut dan terhidrat. Seperti Vera, dirinya menggunakan minyak kelapa.
Jaga Pemakanan
Vera cukup menjaga pengambilan pemakanannya, kebiasaanya Vera akan mengambil sayur-sayuran, bijirin dan daging. Dan makanan yang harus dijauhi adalah manisan dan makanan segera yang boleh menyebabkan masalah berat berlebihan dan masalah cellulite yang sering terlihat di punggung.
Nah, jangan sangka ke semua model-model ternama ni menggunakan produk yang mahal-mahal untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik, licin, lembut, gebu dan mulus!
Mereka juga punya rutin penjagaan yang tersendiri. Di harap segala tips kecantikan yang dikongsikan hari ini memberi manfaat kepada anda!