Peruncit fesyen terkenal Forever 21 berkemungkinan menghadapi bankrap, menurut laporan daripada Bloomberg. Hal ini dilaporkan kerana masalah kewangan yang dihadapi tidak menunjukan tanda perubahan positif.
Unit penyelamat kewangaan mula membincangkan tentang isu mencari bantuan kewangan tambahan dan menyusun atur semula hutang yang tertunggak. Tetapi sayang rundingan di antara pemberi pinjaman telah terhenti.
Menurut laporan, peminjam yang berpotensi masih belum berbuat apa-apa. Oleh itu, syarikat Forever 21 Inc memfailkan Bab 11 Perlindungan Bankrap yang mana ia akan dapat membantu syarikat menutup mana-mana outlet yang tidak menguntungkan dan menkapitaliskan perniagaan semula.
Berita tentang peruncit besar yang berkemungkinan menghadapi isu bankrap bukan lagi satu perkara luar biasa, pelbagai faktor bisa menjadi penyebab jatuhnya sesebuah peruncit. Antara peruncit dalam industri fesyen yang mengalami masalah yang sama adalah Payless Shoe Store, Roberto Cavalli, Topshop US, Barneys New York, Nasty Gal, Nine West, Sonia Rykiel dan banyak lagi.