Touch ‘N Go eWallet melancarkan promosi Jom Makan dengan hanya serendah RM0.10! Tawaran menarik ini bermula dari Ogos ini sehingga Disember 2019. Promosi hebat ini menawarkan pelbagai aneka hidangan tempatan yang pastinya akan memikat selera pengguna Touch ‘N Go eWallet.
Kempen Jom Makan ini sebenarnya telah dilancarkan pada awal minggu menerusi tema makanan yang pertama adalah nasi lemak. Tawaran nasi lemak ini boleh didapati mulai 18 Ogos sehingga 7 September 2019 dan ianya terhad kepada 250 bungkus nasi lemak sehari di setiap lokasi.
Mana kala dari 8 September sehingga 5 Oktober pula kempen Jom Makan diteruskan dengan tawaran menu cendol yang super cool! Siapa yang tidak menggemari cendol bukan? Bagi yang meminati ais cendol ini anda boleh mendapatkanya mengikut tarikh tawaran yang dilancarkan tersebut.
Berbelanja dan berurus niaga tanpa tunai, anda hanya perlu menggunakan eWallet untuk menikmati nasi lemak dan cendol yang enak dengan hanya RM0.10 setiap satu. Tambahan lagi pengguna juga dapat pelbagai aneka makanan yang lain seperti sate, nasi kandar dan char kuey teow menerusi kempen Jom Makan bagi bulan-bulan seterusnya!
Promosi Durian Istimewa
Durian dan rakyat Malaysia berpisah tiada, itulah ungkapan yang sesuai di gambarkan rakyat Malaysia yang cintakan raja buah ini. Dan kini menerusi kempen Jom Makan ini, penggemar durian boleh mengunjungi Ken Kua Fruits Trading yang turut dikenali sebagai Ken Kua 3333 Durian King.
Premis Ken Kua Fruits Trading ini terletak di Petaling Jaya, promosi yang dijalankan ini diadakan dalam masa yang terhad sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menikmati raja segala buah ini.
Promosi buah durian ini bermula dari 16 Ogos sehingga 16 September 2019 dengan diskaun sehingga 30% ke atas durian kegemaran anda!
Promosi-promosi ini hanya sah di premis peniaga yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan pada tempoh yang ditetapkan sahaja.
Jadi apa tunggu lagi berbelanja tanpa menggunakan tunai dengan hanya eWallet Touch ‘N Go. Untuk mengetahui terma dan syarat bagi semua promosi kempen Jom Makan, anda boleh mengunjungi [SINI] atau anda boleh mendaftar masuk [SINI] atau pun kunjngi laman Facebook Touch ‘N Go [SINI].