Yaya Zahir atau nama sebenarnya Zuhairah binti Zahir, merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan, penyiaran, lakonan serta pemodelan. Wanita yang tinggi lampai cukup dikenali dengan minatnya yang mendalam dalam dunia fesyen.
Meskipun jadual hariannya penuh dengan pelbagai tugasan dan aktiviti pengacaraan, modelling, dan lakonan tetapi ia tidak menghalang Yaya Zahir untuk berfesyen dan bergaya!
Minatnya yang mendalam dalam dunia fesyen dapat dilihat menerusi gaya penampilan Yaya Zahir di akaun Instagram miliknya sendiri. Penampilan Yaya Zahir serius mengundang peminat fesyen cemburu dan dalam masa yang sama ingin mengikuti gaya fesyen influencer terkenal ini!
Malah setiap fesyen yang digayakan oleh Yaya punya aura yang unik dan tersendiri! Wow, hebat bukan? Tak percaya meh lihat penampilan Yaya Zahir ni, setiap fesyen yang dikenakan memberikan nafas segar dan trendy!
#1 Tampil bergaya dengan konsep wild & elegan dengan sut putih berbelang hitam ala harimau daripada Pomelo Fashion!
#2 Dress daripada LongChamp ini hasil rekaan kreatif dan unik daripada Perancis, membuatkan Yaya kelihatan menawan sangat!
#3 Nampak funky betullah baju jenama ASLY milik Yaya ni. Memang tredy habis dan berstail gitu!
#4 Baju sut putih hasil tangan S Bahar dan kasut sneaker jenama Vans menjadi pilihan untuk sesi fotografi pra perkahwinan Yaya! Bukan beshe beshe pemilihan fesyen Yaya ni, memang unik dan classy!
#5 Bergaya sakan dengan beg tangan biru laut Chanel yang dipadankan dengan outfit jumpsuit pendek berwarna hijau dan blaus putih berkolar daripada Chanel juga ini, berikan vibe ala zaman Victoria gitu!
#6 Wah fesyen Yaya tampak mewah dan classy! Dengan outfit daripada Mercedes Benz Fashion! Serius tergoda melihat fesyen stail macam ni.
#7 Berkot labuh berwarna coklat yang dipadankan dengan baju turtle neck warna krim dan pants warna nude terang menampilkan gaya fesyen yang cool. Di tambah pula dengan kasut sneaker jenama Vans menjadi pilihan setia dan wajib Yaya, bagi melengkapkan gaya fesyennya!
Macam mana, jeles tak melihat gaya fesyen Yaya? Wanista cemburu betul tengok, memang berkelas dan elegan! Boleh tiru serba sedikit gaya fesyen Yaya, biar nampak berstail gitu. Hehe.