Rasa macam tak sedap hatilah masuk bilik ni, macam ada orang perhatikan je! Ke ada kamera rahsia dalam bilik ni? Tapi tak kanlah. Anda pernah rasa macam ni tak apabila anda memasuki mana-mana bilik hotel? Tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tidak kena. Kalau terus serbu kaunter penyambut tetamu tanpa bukti kukuh, kita pula yang kena betul tak?
Nah jangan khuatir, sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda kenal pasti sama ada di dalam bilik tersebut ada kamera rahsia atau tidak. Penting untuk anda semak setiap kali memasuki mana-mana bilik hotel yang anda menginap, bukan apa untuk keselamatan diri anda juga dan mengelakan dari bersangka bukan-bukan jika anda berasa tidak tenteram!
Dengan penghasilan teknologi yang semakin canggih, mudah untuk di dapati dan kos yang murah menjadikan kegiatan seperti peras ugut dan pengintipan semakin berleluasa.
Jika anda menginap di hotel untuk bercuti atau atas urusan kerja masa ada seorang diri mahupun bersama teman atau ahli keluarga, apa yang anda boleh lakukan untuk mengenal pasti kamera rahsia adalah dengan beberapa langkah ini.
Periksa Bilik Hotel
Masuk je bilik hotel selepas anda telah meletak beg bagasi di sudut hujung katil, apa yang anda perlu lakukan seterusnya adalah memeriksa segala perabot dan barangan di dalam bilik atau mana-mana barang yang diletakan di tempat yang pelik.
Sebagai contoh lihat posisi lampu yang terdapat di dalam bilik, adakah lampu tersebut diletakan pada sudut yang pelik atau ganjil. Jika anda berasa musykil, anda boleh membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel.
Matikan Jam Loceng Hotel
Jika di dalam bilik hotel yang anda menginap memiliki jam loceng, matikan jam tersebut dan kemudian letakan jam tersebut di dalam laci meja. Mesti anda pelik kena perlu matikan jam loceng tersebut dan kemudian letakan di dalam laci meja, ini hanya ujikaji sementara sahaja.
Jika jam loceng yang anda simpan di dalam laci di temui di tempat asalnya semula, nampaknya ada staf hotel yang terlalu detail-oriented atau anda sendiri yang leka dan meletakan jam locengan tersebut di tempat asal.
Tutup Lubang Kecil Pada Pintu Bilik Hotel
Dek kerana teknologi yang terlalu canggih, kamera wujud dalam pelbagai saiz dan menerusi peephole atau lubang kecil di pintu bilik anda segala-gala boleh dirakam dengan kamera pembalik yang diletakan pada pintu peephole!
Pernah satu ketika dahulu seorang wartawan sukan Erin Andrews menjadi mangsa kejadian sebegini dan beliau memfailkan saman terhadap kejadian yang dialami dan kes tersebut menang berjuta-juta wang dollars!
Awas! Jangan Sembarangan Guna Laptop
Jika anda menginap di hotel di luar negara dan sedang melakukan urusan perniagaa, maka anda harus berhati-hati kerana kemungkinan untuk urusan atau sebarang transaksi perniagaan yang dijalankan di dalam laptop anda terdedah!
Ini kerana kamera rahsia yang tersembunyi di meja atau di sudut yang dapat merakam password laptop dan mana-mana maklumat sensitif. Jadi untuk mengelak risiko sebegini berlaku, anda perlu selidik dan memeriksa segala barang yang terdapat di dalam bilik kerana kamera rahsia atau wayar pita rakaman mungkin berada di dalam bilik anda ketika anda sedang melakukan urusan kerja.
Lakukan Ujian Pantulan
Apabila masuk ke bilik hotel, untuk memeriksa jika bilik anda terdapat kamera tersembunyi apa yang anda boleh lakukan adalah menutup semua lampu dan pasang lampu picit atau lampu di telefon bimbit anda dan periksa seluruh bilik.
Lakukan ujian pemeriksaan ini secara perlahan-lahan, jika terdapat pantulan (selain cermin, tingkap atau objek berkaca) pada tempat tertentu, anda periksa kerana di situ mungkin terdapat kamera tersembuyi!
Guna Aplikasi Untuk Kesan Arus Elektromagnetik
Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi untuk mengesan kamera tersembunyi. Tahu tak sesetengah aplikasi berfungsi untuk mengesan arus elektromagnetik dan caranya mudah sahaja. Halakan telefon bimbit anda ke seluruh sudut bilik secara perlahan-lahan, jika arus tersebut terlalu kuat, ini berkemungkinan di kawasan tersebut terdapat kamera rahsia!
Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat memberi ilmu yang berguna untuk anda!