Monki jenama yang tidak asing lagi dengan kepelbagaian produk keluarannya baik dari pakaian sehinggalah ke aksesorinya yang unik dan elegan. Kini sempena menyambut kedatangan musim luruh pada tahun ini, Monki tampilkan rekaan yang eksklusif bersesuaian menepati elemen pada musim luruh 2019 ini.
Koleksi untuk musim luruh kali ini memperkenalkan kepada peminat Monki tentang rekaannya yang memberi fokus kepada stail minimalis dan juga menampilkan elemen bayang secara maksimum pada pakaian di mana ia memberikan sentuhan unik yang tersendiri khas sempena menyambut musim luruh 2019 tahun ini.
Mengambil inspirasi kedatangan musim luruh kali ini, pelbagai produk keluaran Monki akan memberikan peminat fesyen terutamanya jatuh cinta dengan gaya dan stail pakaian yang dihasilkan.
Monki merupakan salah satu jenama yang menampilkan produknya menerusi penceritaan dengan memfokuskan tentang aspek elemen fesyen. Dan Monki juga memberi tawaran harga dalam pasaran yang sangat berdaya saing dan sememang berbaloi untuk di miliki!
Bagi menampilkan elemen musim luruh dengan gaya yang tersendiri, jurugambar terkenal Sarah Blais menampilkan model Lily McMenamy dengan sentuhan kesibukan kota Paris dan mengambadikan musim luruh pada setiap lawatan dengan mengenakan busana Monki yang terbaru sempena musim luruh ini.
Koleksi produk Monki kini boleh di dapati di semua oulet Monki di seluruh negara dan juga stor dalam talian [SINI] pada hujung bulan September ini nanti.