Baru-baru ini Cara Delevingne berkongsi tentang pemakaian korset setiap hari menyebabkan suaranya hilang! Menerusi temubual Cara bersama Net-a-Porter, model dan aktres tersebut menceritakan bagaimana pemakaian korset menyebabkan dirinya hilang suara.
Cara Delevingne memakai korset setiap hari untuk penggambaran siri Amazon “Carnival Row”, kerana tuntutan tugas yang memerlukan Cara memakai korset setiap hari membuatkan suaranya mula hilang. Pemakaian korset setiap hari di set penggambaran membuatkan Cara Delevingne mengalami kesukaran untuk bernafas dan percakapannya juga turut terganggu.
Sebenarnya terlalu banyak kes yang melibatkan pemakaian korset, bukan hanya di kalangan artis tetapi di kalangan orang awam juga. Dan kesan pemakaian korset tersebut membuatkan kesihatan diri menjadi taruhan.
Era Pemakaian Korset Pada Kurun Ke-16
Pemakaian korset bermula di era Victoria pada abad ke-16 sehinggalah ke kurun 19. Praktis pemakaian korset kepada wanita dalam kalangan keluarga bangsawan di eropah membawa lembaran bayangan fesyen yang baru. Korset yang di hasilkan pada awal-awal kurun tersebut di perbuat daripada tulang atau besi dengan kain fabris tegang dan kuat.
Pada tahun 1828 di Perancis, idea inovasi mula bercambah dan menghasilkan ‘Metal Eyelets’ di mana korset tersebut membuatkan pinggang di ikat ketat sehingga 17 inci dan menghasilkan bentuk tubuh badan seperti ‘hourglass’. Dan bentuk badan hourglass menjadi fenomena bentuk badan yang ideal pada kurun ke 19.
Kesan Pemakaian Korset
Kesan pemakaian korset telah dikaji sejak berabad lamanya sejak pemakaian korset ini mula diperkenalkan dan hasilnya terlalu banyak kes-kes kesihatan telah difailkan. Kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama, pemakaian korset setiap hari akan mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius dan petanda-petanda kesihatan lain yang cukup serius perlu di pandang berat.
Berikut adalah kesan-kesan yang sering di hadapi oleh wanita yang kerap memakai korset. Risiko kesihatan terhadap tubuh badan dapat di lihat dengan jelas dan teliti.
- Kesukaran untuk bernafas
- Kerap pengsan
- Menghadapi masalah penghadaman
- Mengalami masalah otot di badan belakang
- Struktur tulang rusuk berubah
- Anemia
- Menyesakkan organ dalaman
- Tulang rusuk retak
- Pergerakan terbatas
- Kesukaran untuk bercakap
- Berasa tekanan di bahagian pinggul
- Mood mudah berubah-ubah
- Berlaku masalah asid refluks
Ini Kata Pakar Tentang Korset
Pada tahun 1905 seorang doktor daripada Perancis, Ludovic O’Followell telah mengeluarkan sebuah buku tentang kesan korset pada kesihatan wanita. Menurut O’Followeel, pemakaian korset bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan wanita tetapi ia juga memberi kesan terhadap tingkah laku wanita juga.
Seorang pakar bedah, William Henry Flower turut memberi kritikan keras terhadap pemakaian korset. Ini kerana pemakaian korset yang terlalu ketat menyebabkan struktur tulang rusuk berubah dan menyekat organ dalaman seperti paru-paru untuk bernafas.
Bukan itu saja, apabila paru-paru terlalu sesak dan sukar untuk bernafas, berlaku masalah seperti kesukaran untuk bernafas, menghidapi batuk kering dan radang paru-paru. Kedua-dua masalah kesihatan ini sangat serius jika tidak di ambil peduli.
Seorang pakar Ph.D nutrisi dan berat badan, Christopher Ochner berkongsi, pemakaian korset untuk jangka masa panjang akan mengakibatkan organ dalaman hancur, paru-paru ditekan dan tulang rusuk retak. Wanita tidak boleh mengurangkan lemak dengan memasak lemak di dalam perut dengan memakai korset, lemak tersebut tidak akan bergerak ke mana-mana walau berapa lama sekalipun si wanita memakai korset.
Oleh itu, penting untuk para wanita mengetahui risko pemakaian korset secara kerap dan impak ke atas kesihatan diri pada jangka masa yang panjang nanti.