Jika sebelum ini, beg ikea dijadikan inspirasi Balenciaga untuk menghasilkan rekaan beg tote yang mencecah hampir RM10 Ribu.
Kini, timbul pula rumah fesyen kelahiran Perancis Nina Ricci menjadikan baldi plastik sebagai satu rekaan dengan sentuhan baru lagi trendy dan mewah.
Dipersembahkan pada hari Jumaat lalu ketika Minggu Fesyen Paris, helaian yang menarik perhatian itu direka menjadi bucket hat berukuran besar yang menyerupai baldi plastik pelbagai warna. Bucket hat itu hadir dalam hampir setiap warna pelangi, yang pelik adalah saiznya cukup besar sehingga mampu menenggelamkan si pemakai, bahkan tak ubah seperti baldi bilik air sahaja.
Tidak hanya itu, model yang tidak memakai bucket hat membawa pula beg tangan ala baldi. Kelainan pada tali pemegang beg yang dibuat dari kulit. Untuk pengetahuan anda, beg tangan tersebut adalah plastik… anda rasa? Dah macam jinjing baldi ke shopping mall pula.
Aduhai macam-macam hal… Anda terasa nak beli tak beg dan bucket hat baldi ni?