SAFILO merupakan pengeluar cermin mata Itali berjenama terkenal dunia, pelbagai koleksi cermin matanya memiliki rekaan yang eksklusif dan dinamik. Kali ini sempena kedatangan musim luruh dan sejuk 2019, SAFILO menampilkan rekaan cermin mata khas untuk si pemakai yang inginkan kelainan dan gaya baharu.
SAFILO menampilkan cermin mata dengan rekaan bingkai yang unik untuk lelaki dan wanita, SAFILO yang terkenal dengan rekaannya yang unggul, inovatif dan di perbuat dari Itali menunjukan ia sebuah jenama terkemuka di seantero dunia dengan mengetahui kehendak pelanggan.
Bingkai Titanium E-Hinge Yang Fleksibel
Rekaan bingkai Titanium E-Hinge yang fleksibel merupakan rekaan inovasi SAFILO yang baharu. Dengan sistem double springs yang terdapat dalam bingkai memberikan kesan fleksibel pada tahap yang lebih bagus dan lebih hebat dari rekaan cermin mata yang sebelumnya.
Tambahan lagi dengan sistem inovasi yang terdapat pada cermin mata baharu ini, ia memberi jaminan keupayaan sehingga 15 tahun lamanya.
Rekaan Visual Techno-Aesthetic
Selain itu, rekaan cermin mata SAFILO yang terbaru ini mempunyai visual Techno-Aesthetic yang bercirikan keunikan bentuk cermin mata mengikut bentuk wajah si pemakai dan sekaligus memberikan rasa selesa dan terletak kepada si pemilik cermin mata.
Bukan itu saja, setiap bentuk dan fungsi mengambil kira aspek keselesaan si pengguna. Oleh sebab itu dengan gabungan teknologi yang mesra pengguna menjadi aspek utama SAFILO.
Cermin Mata Seringan Gula-Gula!
Koleksi cermin mata terbaru ini sememangnya lain daripada yang lain, cermin mata yang extra ringan seperti berat gula-gula ini menampilkan ciri estetik keselesaan yang begitu tinggi. Di tambah pula dengan rekaan canggih yang minimalis ini, SAFILO seboleh mungkin ingin berikan yang terbaik dan keselesaan sepenuhnya kepada si pemakai.
Dengan berat cermin mata yang sangat ringan, si pemakai tidak perlu risau rasa ketidak selesaan apabila memakai cermin mata dalam jangka masa yang lama sepanjang hari. Kerana ia di reka untuk memberi keselesaan penuh kepada si pemakai.
Hanya Guna Bahan Berkualiti Tinggi Sahaja
Rekaan cermin mata terbaru SAFILO ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan produk cermin mata yang tahan lasak, kekal lama, berkualiti dan bermutu tinggi. Dengan penggunaan bahan-bahan seperti serat asetat, titanium, keluli tahan karat, logam, aloi dan bahan-bahan yang lain memberikan jaminan keselesaan serta fungsi yang berkesan dan bermutu tinggi kepada si pengguna.
Rekaan Nose Pad Yang Ergonomik
Cermin mata terbaru SAFILO kali ini memberi perincian yang sangat mendalam seperti rekaan nose pad yang ergonomik yang anti-slip, secara tidak langsung memberi sokongan tambahan pada cermin mata.
Tambahan lagi, dengan rekaan nose pad yang mudah di ubah suai pada jambatan besi bahagian hidung cermin mata memberikan rasa cengkaman yang kukuh, sambil mengubahsuai posisi nose pad mengikut kesesuaian si pemilik cermin mata.
3 Rekaan Cermin Mata Yang Unggul!
Sempena menyambut pembuatan daripada Itali (Made-in-Italy), SAFILO tampil eksklusif dengan identiti asli dan original menerusi nama-nama cermin mata terbarunya iaitu Registro, Calibro dan juga Linea.
Registro
Nama Registro di ambil daripada perkataan registrare yang membawa maksud “adjusting”. Dengan bingkai cermin mata yang sekali sekala perlu di ubahsuai menjadikan nama Registro cukup bersesuaian dan sepadan.
Cermin mata Registro ini menampilkan ciri bingkai yang maskulin dengan gabungan bahan-bahan yang berkuali, ringan, elegan dan sempurna memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai. Cermin mata Registro ini sesuai untuk digayakan oleh sang jejaka yang inginkan sentuhan maskulin dan elegan!
Calibro
Cermin mata Calibro mempunyai nilai aspek tersurat yang tersendiri iaitu nilai, saiz kanta dan juga ukuran. Calibro juga di kenali sebagai ‘caliper’ yang merupakan alat yang digunakan untuk mengukur dimensi kaca dan ketebalan.
Cermin mata Calibro ini mempunyai kombinasi sentuhan elegan dan keselesaan yang optimum. Dengan bingkai titanium yang sangat ringan beserta rekaan nose pad yang minimalis akan memberikan cengkaman kukuh pada tulang hidung dan sekaligus memberi keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai.
Cermin mata ini sesuai bagi si jejaka yang inginkan perincian yang kontemporari dan sentuhan moden untuk pemakaian harian.
Linea
Linea memberi maksud ‘line’, istilah ini sering diguna pakai untuk memfokuskan aspek berat cermin mata yang sangat ringan seperti gula-gula dan rekaan minimalis yang canggih. Oleh itu, penggunaan nama Linea mencerminkan identiti rekaan cermin mata yang baharu kali ini.
Cermin mata Linea mempunyai bingkai optik yang feminin dengan berat cermin mata yang ringan yang direka menggunakan besi nipis yang ringan menjadikan ia produk cermin mata yang ultra-light. Selain rekaan pada nose pad yang ergonomik ia menampilkan ciri estetika yang selesa dan cengkaman yang kukuh, menjadikan cermin mata yang unik dan dinamik.
Bagi para wanita yang ingin kelihatan berdikari, berkeyakinan dan moden, cermin mata Linea akan memberikan imej yang di perlukan mengikut kehendak wanita moden masa kini.
Koleksi cermin mata SAFILO ini akan mula mengambil tempat di pasaran menjelang bulan Oktober 2019 ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk cermin mata jenama terkemuka Itali yang berkualiti dan bermutu tinggi ini.