• Latest

Apa Kaitan Main Telefon Dalam Tandas Dengan Buasir? Doktor Jelaskan…

October 1, 2019
Foto - Quora

Suka Ke Menyampah? Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan

February 27, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021
Foto - ABC7/Stereogum

Ngeri Penjaga Anjing Lady Gaga Kena Tembak

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Apa Kaitan Main Telefon Dalam Tandas Dengan Buasir? Doktor Jelaskan…

by Malisa Aina
October 1, 2019
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kita selalu mendengar orang membawa masuk telefon ke dalam tandas kerana mahu membuang rasa bosan. Tapi tahukah tabiat itu boleh mengundang bahaya mendapat buasir. Ya, kedengaran agak pelik atau tidak berkaitan, tapi itulah yang dijelaskan doktor pakar perubatan.

Kaitan Telefon Dan Buasir

Dr. Sarah Javis, doktor perubatan dan pengarah klinikal menyatakan, penggunaan telefon dalam tempoh yang lama seperti melayari media sosial dan email semasa membuang air besar boleh menyebabkan buasir kepada seseorang individu. Ini kerana meneran dalam tempoh masa yang lama bagi membuang akan memberikan tekanan pada salur darah di bahagian rektum yang menyebabkannya menjadi bengkak.

IKLAN

Foto – Health

Menurut beliau lagi, sembelit, kehamilan, batuk yang kronik, obesiti, umur yang semakin tua, dan tabiat meneran najis yang terlalu lama adalah antara faktor risiko utama terjadinya buasir. Begitu juga dengan peranan telefon bimbit yang menjadi antara faktor utama terjadinya buasir terhadap seseorang individu.

Bagaimana Buasir Terjadi?

Buasir adalah salur darah yang membengkak di dalam bahagian dubur dan rektum, sama seperti salur darah varikos. Ia boleh terjadi di bahagian dalam rektum yang juga dikenali sebagai buasir dalaman, atau di bawah bahagian kulit sekitar dubur (buasir luaran). Pada kebiasaannya, buasir akan menghilang dengan sendirinya tetapi boleh menjadi sangat menyakitkan sekiranya bahagian buasir dalaman ditekan ke bahagian luar melalui bukaan dubur yang dipanggil sebagai prolapsed haemorrhoid.

Simptom Terjadinya Buasir

  • Darah yang berwarna merah cerah di dalam najis
  • Gatal-gatal di sekitar dubur
  • Perasaan seperti masih ingin membuang air walaupun selepas anda baru sahaja membuang air
  • Mukus berlendir pada seluar dalam anda atau tisu tandas selepas anda mengelap dubur anda
  • Kesakitan yang dialami di sekitar dubur
Foto – Geeq.id

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Sebaiknya sebagai pencegahan awal, anda dinasihatkan untuk mengamal diet sihat dengan memperbanyak makanan tinggi kandungan serat seperti pisang dan betik. Pisang dan betik dipercayai bagus dalam melancarkan proses pencernaan. Anda juga perlu minum banyak air dan jika miliki simptom seperti di atas, dinasihati rujuk kepada doktor pakar. Lagi satu yang paling penting, elak daripada menonton drama bersiri dengan menggunakan telefon bimbit di dalam tandas sebagai antara langkah pencegahan yang boleh diambil.

Foto – Insider

Selamat Beramal!

Tags: buang air besarkaitan telefon dan buasirkeburukan main telefon dalam tandasmasalah buasirsmartphonesusah buang air besartelefon pintar dan buasir
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Apa Kaitan Main Telefon Dalam Tandas Dengan Buasir? Doktor Jelaskan…

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.