Masalah di bahagian intim sering menjadi kerisauan buat wanita dan isu sebegini agak sulit untuk di bincangkan secara terbuka. Isu miss-v yang kering merupakan topik yang terlarang bagi kebanyakan wanita. Masalah sebegini berkait rapat dengan kesihatan bahagian intim wanita dan ianya harus di ambil berat.
Dan wanita tidak seharusnya berasa malu untuk bertanya pandangan pakar untuk mendapatkan jawapan terhadap masalah yang dihadapi agar dapat meningkatkan dan membantu hubungan intim suami isteri menjadi lebih harmonis.
Miss- V Kering Kerana Masalah Kesihatan Diri
Wanita yang mengalami masalah miss-v yang kering akan berasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin dan lama kelamaan keyakinan diri wanita akan berkurangan. Masalah kekeringan di bahagian intim boleh terjadi di sebabkan oleh beberapa faktor kesihatan diri yang ramai wanita tidak sedar.
Menopous
Faktor menopous juga boleh menyebabkan berlakukan kekeringan pada bahagian intim. Wanita biasanya akan mengalami menopous diantara usia 41 tahun hingga 55 tahun dan kekeringan yang berlaku di bahagian intim merupakan perihal yang normal dek kerana factor penuaan.
Tambahan lagi, apabila fasa menopous berlaku, estrogen yang terdapat di dalam tubuh badan akan berkurangan dan apabila ini berlaku semakin berkurangan cecair yang dihasilkan di bahagian intim. Malah, kulit juga akan menjadi tebal dan mudah menjadi iritasi.
Rawatan Kanser Payudara
Siapa sangka menjalani rawatan kanser payudara boleh menyebabkan kekeringan pada miss-v. Rawatan radiaktif dan kemoterapi serta pelbagai penggunaan ubat-ubatan yang merupakan anti-estrogen akan menyebabkan miss-v menjadi kering.
Masalah kanser payudara merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh wanita di Malaysia dan untuk menjalani kehidupan seharian dengan rasa positif dan gembira tanpa merasa ketidak selesaan fizikal bukanlah perkara yang mudah. Walaupun begitu, hadapi hari-hari mendatang dengan tabah dan nikmati kehidupan dengan perasaan gembira dan positif adalah kunci kehidupan.
Krim Vagisan Yang Bebas Hormon
Krim pelembap Vagisan menawarkan kepada wanita Malaysia solusi bagi masalah miss-v yang kering. Krim pelembap yang bebas hormon ini memiliki kesan yang berganda seperti memberi kelembapan kepada kulit dan dalam masa yang sama melegakan rasa iritasi. Krim ini juga dapat memberi kelegaan terhadap rasa tidak selesa dan gatal-gatal.
Krim ini boleh digunakan di dalam dan juga di luar miss-v. Apa yang penting, produk daripada Vaginas ini menawarkan krim pelembap yang bebas hormon dan sesuai diguna semasa, selepas atau bersama-sama dengan terapi pengganti hormon.
Vagisan MoistCrean Terbukti Berkesan Secara Saintifik
Vagisan MoistCream memberi kesan terhadap pesakit kanser payudara yang memiliki masalah miss-v yang kering. Lebih daripada 90% pesakit yang menggunakan kirm tersebut memberi ulasan sangat bagus atau bagus terhadap produk krim Vagisan MoistCream.
Manakala 88% pesakit dan juga pakar perubatan yang lain memberi ulasan keberkesanan krim pelembap tersebut sangat bagus. Terdapat sesetengah pesakit yang mengalami rasa kering, panas, gatal-gatal dan berasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin telah menggunakan krim Vagisan MoistCream selama empat minggu. Dan lebih 21.4% pesakit telah melaporkan masalah di bahagian miss-v telah hilang.
Selain krim pelembap, Vagisan juga mengeluarkan beberapa produk sokongan khas untuk para wanita, antaranya:
- Vagisan MoistCream 50g (Merawat masalah kekeringan miss-v)
- Vagisan Lactic Acid (Mencegah jangkitan pada miss-v)
- Vagisan Protective Ointment 75ml (Menghalang masalah iritasi di bahagian intim)
- Vagisan Intimate Wash-Lotion 200ml (pembersih lembut untuk kegunaan di bahagian intim)
Bagi yang ingin mencuba krim pelembap Vagisan ini, anda boleh mendapatkannya di Caring Pharmacy atau stor dalam talian di seluruh negara. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk yang di keluarkan oleh Vagisan, anda boleh layari laman web Vagisan atau laman sosial Facebook dan Instagram.