• Latest
Foto - Greek Boston

7 Tips Kecantikan Dari Greek Mampu Meremajakan Kulit!

October 3, 2019
Foto - Twitter

Maut Ketika Sertai Demokrasi, Gadis Ini Digelar Sebagai “Puteri Demokrasi Myanmar”

March 9, 2021
Foto - US Dermatology

Baru Tahu Sabun Sulphur Sebenarnya Boleh Hilangkan Jerawat Badan

March 9, 2021
Foto - Goop

Dua Rahsia Besar Anti-Penuaan Setiap Wanita Kena Tahu!

March 9, 2021
Foto - @richaeu (Instagram)

Gaya OOTD Gadis Indonesia Ini Dah Level Supermodel!

March 9, 2021
Foto - Vanity Fair/People

Putar Belit Institusi Diraja, Meghan Markle Buka Cerita Sebenar Jelas Kontroversi

March 9, 2021
Foto - Mission Foods

Alasan Ibu Bapa Kena Beli Mission Foods Mini Wrap Yang Baharu

March 9, 2021
Foto - Massage Magazine

Kalau Badan Rasa Sakit, Picit Bahagian Ini Di Tapak Kaki

March 8, 2021
Foto - Stock Snap/Wallpaper Cave

Selalu ‘Overthinking’ Buat Mental Tak Stabil, Kawal Dengan Cara Ini

March 8, 2021
Foto - Detik News

Inshaallah Hidup Makin Murah Rezeki Bila Lakukan 15 Tips Ini

March 8, 2021
Foto - www.delish.com

Minum Teh Kombucha Setiap Hari, Ini Berlaku Pada Badan Kamu

March 9, 2021
Foto - Pinterest

Selain Mengelupas Dan Kelemumur, Rawat 5 Masalah Kulit Kepala Dengan Produk Ini

March 8, 2021
Foto - Chicago Sun-Times

Jangan Buang Uncang Teh Lepas Guna, Ini Yang Boleh Kamu Lakukan

March 8, 2021
Tuesday, March 9, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

7 Tips Kecantikan Dari Greek Mampu Meremajakan Kulit!

by Mas Idayu
October 3, 2019
Foto - Greek Boston

Foto - Greek Boston

38
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita-wanita Greek memiliki rahsia kecantikan yang tersendiri bagi mengekalkan keremajaan kulit dan menjadikan diri mereka kelihatan sentiasa muda dan berseri! Jadi tidak hairanlah di wujudnya gelaran “Greek Goddess” yang menjelaskan betapa cantiknya seseorang tersebut.

Wanita Greek sangat terkenal dengan ritual kecantikan diri dan sehingga ke hari ini rahsia kecantikan wanita purba Greek masih lagi di guna pakai dek kerana keberkesanannya terhadap kulit wanita.

Foto – Nirvanic Insight

Demi kelihatan cantik dan sentiasa kekal awet muda, wanita Greek bereksperimen dengan pelbagai bahan bersumberkan alam semula jadi. Dek kerana rasa keinginan yang terlalu tinggi, wanita Greek Berjaya menemui tips kecantikan yang di ingini dan hasilnya juga memuaskan!

Tips Kecantikan Wanita Greek purba!

Minyak Buah Zaitun

Foto – Tribun News

Menurut kepercayaan masyarakat Greek, pokok buah zaitun merupakan pokok suci dan ianya digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Oleh itu, wanita Greek menghasilkan minyak yang berasaskan daripada buah zaitun. Minyak buah zaitun mampu memberi kelembapan yang sangat berkesan kepada kulit.

Tambahan lagi, wanita Greek menggunakan minyak buah zaitun untuk melindungi kulit mereka. Tahu tak dengan menghancurkan daun pokok buah zaitun menjadi pes ia dapat digunakan sebagai mask muka atau digunakan bagi merawat bintik hitam mahupun jerawat di muka!

Madu

Foto – Utusan

Wanita Greek menggunakan madu sebagai untuk mengekalkan awet muda, jadikan kulit lebih lembut, licin, lembap, bersinar dan juga madu di gunakan sebagai agen anti bakteria. Wanita Greek mendapati terlalu banyak khasiat yang terdapat dalam madu jika digunakan kepada kulit. Oleh itu penggunaan madu di kalangan wanita Greek sangat popular.

Garam Laut

Foto – Republika

Garam laut merupakan salah satu sumber bahan alam semula jadi yang popular di kalangan wanita Greek, ini kerana garam laut kaya dengan mineral semula jadi. Dan wanita Greek menggunakan garam laut sebagai scrub tubuh badan. Untuk menghasilkan scrub semula jadi ini, wanita Greek campurkan garam laut Bersama minyak buah zaitun lalu di gunakan di bahagian lutut dan siku untuk membuat sel kulit mati dan kulit hitam.

Tambahan lagi penggunaan garam laut juga dapat membuat segala toksin yang terdapat dalam tubuh dengan menggunakan garam dalam mandian harian. Dan sekaligus dapat memberi kelegaaan kepada tubuh badan.

IKLAN

Tanah Liat

Foto – Skin Store

Wanita Greek cukup gemar menggunakan tanah liat sebagai masker muka. Wanita Greek telah menyedari sejak dahulu lagi tentang penggunaan tanah liat dapat memberi manfaat terhadap kesihatan dan kecantikan untuk kulit wanita. Tanah liat kaya dengan hasil mineral dan berfungsi sebagai agen pembersih serta anti iritasi dan keradangan.

Mulberi

Foto – Mohd Isa

Buah mulberi diperkaya dengan pelbagai vitamin, khasiat dan kebaikan semula jadi, wanita Greek menggunakan buah mulberi sebagai gincu dan juga pemerah pipi. Caranya cukup mudah dengan menghancurkan buah mulberi Bersama kelopak bunga dan juga rumpai laut untuk mendapatkan kesan merah yang menggiurkan. Bagi yang ingin menghasilkan makeup diy sendiri, buah mulberi merupakan bahan terbaik untuk menghasilkan pemerah pipi dan juga gincu bibir!

Mandian Herba

Foto – zliving.com

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sentiasa lembut, mulus dan gebu, wanita Greek akan menggunakan bunga kering dan herba ke dalam mandian mereka. Dengan menggunakan bunga-bunga kering dan juga herba ia dapat membuang segala toksin yang terkandung dalam tubuh badan, melegakan otot-otot yang tegang dan menjadikan fikiran lebih tenang.

Bagi yang ingin mencuba lakukan mandian herba ini, cara yang paling mudah untuk di lakukan di rumah adalah dengan menggunakan uncang teh yang belum lagi digunakan dan rendamkan uncang the tersebut di dalam bekas mandian. Kemudian rendamkan tubuh badan dalam bekas mandian selama 20 minit. Penggunaan teh dalam mandian dapat memberi tenaga kepada sel dan ianya kaya dengan antioksidan.

Jus Buah Lemon

Foto – Thrifty Fun

Wanita Greek purba menggunakan jus buah lemon untuk mendapatkan rambut berkilat, berseri dan sihat tidak hairanlah rambut berwarna kuning keemasan milik mereka seperti pancaran cahaya matahari, rupanya meraka mengunakan jus buah lemon pada rambut.

Tetapi bagi tidak selesa menggunakan jus buah lemon, kamu boleh mencari produk shampoo rambut yang menggunakan bahan seperti ekstrak buah lemon pada rambut kamu!

Sebenarnya terlalu banyak manfaat serta tips-tips kecantikan daripada wanita Greek yang boleh diguna pakai oleh wanita moden masa kini. Apa yang penting adalah, kamu berusaha mencari sumber bahan semula jadi demi mendapatkan kulit yang cantik, sihat, berseri tanpa sebarang bahan kimia!

Rujukan : 1, 2

Tags: Cara Orang GreekkecantikanKecantikan Wanita Greektips kecantikanWanita Greek
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

7 Tips Kecantikan Dari Greek Mampu Meremajakan Kulit!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.