Garmin kini melancarkan jam tangan pintar yang di kenali sebagai Garmin Venu yang merupakan jam tangan pintar dengan fungsi GPS dan skrin AMOLED yang gempak serta dinamik. Jam tangan pintar ini memiliki fungsi all-in-one seperti memantau kesihatan, grafik senaman animasi, jangka hayat bateri lima hari dan pelbagai fungsi unik yang lain.
Jam tangan pintar terbaru ini sangat sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi jangka hayat bateri yang tahan lama. Malah jam tangan pintar Venu ini di reka untuk menonjolkan penggunaan teknologi di luar batasan dan rekaan yang unggul menjadikan jam tangan pintar ini di antara yang terbaik di dunia.
Garmin Venu memiliki pesona yang unik di mana ia dapat menyelaraskan fungsi mengikut aktiviti serta persekitaran si pengguna dengan mudah dan bergaya. Dengan fungsi jam tangan pintar yang menepati keperluan kehidupan masyarakat masa kini dan rekaan yang elegan menjadikan jam tangan pintar Garmin VenuTM sebagai aksesori dan dalam masa yang sama ia menjadi alat bagi memantau kesihatan diri.
Garmin Venu
Kesihatan & Kesejahteraan
Jam tangan pintar Garmin Venu ini mementingkan aspek kesihatan dan kesejahteraan si pemakai dengan pelbagai fungsi kesihatan diri seperti pemantauan kesihatan 24 jam selama seminggu, pengesan penafasan, penggera kadar jantung, jadual aktiviti senaman, masa rehat, jadual waktu tidur dan pelbagai fungsi kesihatan lain.
Animasi & Senaman Diubahsuai
Dengan jam tangan Garmin Venu yang memiliki skrin AMOLED ia akan memancarkan lebih 40 senaman dalam bentuk animasi untuk tujuan aktiviti senaman harian si pemakai. Antara aktiviti senaman yang di paparkan di skrin AMOLED adalah senaman kardio, yoga dan pilates. Dan Jam tangan ini juga boleh mengubahsuai jadual senaman mengikut matlamat yang di ingini.
Pelbagai Fungsi Fitness Yang Dinamik
Jam tangan pintar Garmin Venu ini memiliki fungsi GPS, ElevateTM wrist-based heart rate2, lebih 20 aplikasi sukan yang di reka untuk aktiviti dalaman dan luar termasuklah pilates, yoga, berlari, berenang, golf, dan pelbagai fungsi aktiviti fitnees yang memberi focus kepada kesihatan dan ketenangan si pemakai.
Fungsi Penafasan & Pulse Ox Waktu Tidur
Jam tangan pintar ini menggunakan kecanggihan teknologi bagi memberikan yang terbaik kepada si pemakai. Dengan fungsi pemantauan penafasan per minit dan juga Pulse Ox yang memantau kandungan oksigen tepu dalam darah, jam tangan ini dapat menghasilkan data yang diperlukan bagi memberikan kualiti waktu tidur yang terbaik buat si pemakai.
Antara fungsi lain yang terdapat di dalam jam tangan pintar ini adalah:
- Notifikasi – Jam tangan pintar ini akan menghantar notifikasi seperti kemasukan panggilan telefon, mesej, perkembangan social media, peringatan kalender dan banyak lagi.
- Muzik – Muat turun lagu menerusi aplikasi muzik seperti Spotify, Amazon Music dan Deezer.
- Pengesan Keselamatan – Jam ini juga memiliki fungsi pengesan keselamatan jika kemalangan berlaku dan akan menghantar mesej serta lokasi kejadian secara real-time kepada nombor kecemasan yang telah di setkan.
- Personalisasi – Pilih pelbagai personalisasi seperti wajah jam yang cantic, aplikasi dan widget daripada stor aplikasi Garmin Connect IQTM. Dan pengguna dapat memuat turun gambar peribadi untuk di jadikan wajah pada skrin jam tangan.
- Keserasian – Dengan menggunakan jam tangan Garmin Venu ia serasi Bersama mana-mana telefon bimbit pintar seperti Android dan Apple.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan jam tangan pintar Garmin Venu ini pada harga RM1799. Jam tangan ini di datangi dengan empat warna unik seperti Granite Blue with Silver Hardware, Black with Slate Hardware, Light Sand with Rose Gold Hardware dan Black with Gold Hardware.
Jam tangan pintar Garmin Venu ini akan mula berada di pasaran pada 9 Oktober 2019 sehingga 13 Oktober 2019 dan dijual pada harga RM1799 di roadshow Garmin yang bertempat di Mid Valley East Atrium Wing. Dan jam tangan pintar ini juga boleh di dapati di gedung Garmin terpilih di Malaysia.