• Latest
Foto - Travel Channel

Merepak! Ini Undang-Undang Luar Negara Yang Kamu Tak Tahu

October 16, 2019
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

March 4, 2021
Foto - Instagram

Miliki Body Seksi Model Emily Ratajkowski Dengan Cara Ini

March 4, 2021
Saturday, March 6, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Merepak! Ini Undang-Undang Luar Negara Yang Kamu Tak Tahu

by Mas Idayu
October 16, 2019
Foto - Travel Channel

Foto - Travel Channel

28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya apabila hendak ke luar negara selain persiapan seperti barang keperluan diri, pakaian, peta, tempat tinggal dan lokasi kawasan adakah kamu mengambil berat tentang undang-undang di negara yang ingin kamu lawati?

Jika ya, bagus bagi kamu kerana pengetahuan tentang undang-undang negara yang ingin kamu lawati dapat membantu melancarkan perjalanan kamu.

Dan sekaligus menjadikan diri kamu berkeyakinan dan selamat untuk ke mana-mana sahaja di dalam negara yang ingin kamu lawati. Tetapi untuk mengetahui ke semua undang-undang tersebut pastinya agak mustahil bukan. Ambil yang penting dan berkaitan dengan sepanjang percutian kamu.

Foto – Trello Blog

Setiap negara pasti memiliki undang-undang yang tersendiri tetapi kadang kala, undang-undang mereka sangat pelik dan tak masuk dek akal di buatnya. Nah berikut adalah beberapa undang-undang yang merepek serta pelik di beberapa negara yang kita semua tidak ketahui!

Undang-Undang Pelik & Merepek!

#1 Dilarang Menggunakan Vicks Inhaler – Jepun

Foto – Vicks

Vicks inhalers yang sering kita gunakan bagi melegakan pernafasan tidak boleh digunakan di Jepun. Ya, penggunaannya di larang sama sekali, ini kerana di dalam Vicks mempunyai kandungan perubatan seperti pseudoephedrine dan kandungan ini diban penggunaannya di dalam perubatan di Jepun. Malah mana-mana ubat-ubatan yang mengandungi codeine juga dilarang sama sekali di Jepun.

#2 Tangkap Gambar Di Lapangan Terbang – Kazakhstan

Foto – Unsplash

Pelik tapi benar itulah yang boleh di ungkapkan dengan senario di mana kamu dan ahli keluarga mahu menangkap gambar di lapangan terbang sebelum pulang ke tanah air, perbuatan sedemikian melanggar undang-undang di Kazakhstan. Bukan sahaja kamu tidak di benarkan menangkap gambar di lapangan terbang. Malah di bangunan pejabat rasmi dan kawasan ketenteraan juga tidak di benarkan untuk mengambil gambar, jadi jika kamu ke sana pastikan kamu tidak mengambil gambar di tempat-tempat terlarang ini!

#3 Pemandu Wajib Bawa Breathalyser – Perancis

Foto – eBay

Di Perancis kamu wajib membawa pek breathalyser jika memandu di Perancis. Alat memeriksa kandungan alkohol ini harus berada di dalam kereta kamu, jika pihak berkuasa Perancis memeriksa di dalam kereta yang kamu pandu tidak memiliki alat ini, kamu akan di kenakan denda sebanyak 11 Euro.

IKLAN

#4 Dilarang Berhubungan Romantik – United Arab Emirates

Foto – healthline.com

Memaparkan hubungan romantik secara umum seperti bercium, berpelukan dan memegang tangan dilarang sama sekali di negara United Arab Emirates. Pelancong yang melakukan perbuatan seperti ini akan dimasukan ke dalam penjara. Wah, dahsyat betul sampai masuk penjara.

#5 Wajib Ikut Panduan Nama Bayi – Denmark

Foto – Hope Community Church

Jika kamu menetap di Denmark, lupakanlah angan-angan ingin memberi nama yang cantik, sopan, gempak, unik dan sebagainya ini kerana di Denmark, para bakal ibu bapa wajib mengikut panduan nama bayi yang telah diletakkan di bawah undang-undang negara Denmark. Jadi tak perlu susah-susah nak jadi kreatif fikir nama anak kerana kamu wajib pilih nama yang di luluskan oleh Denmark.

Lebih kurang 7,000 senarai nama bayi telah di perakui oleh Denmark. Jika kamu tetap ingin menggunakan nama yang kamu sendiri pilih, kamu hendaklah membuat permohonan di kerajaan Denmark untuk mendapatkan kelulusan. Leceh betul!

#6 Tidak Boleh Pakai Kasut Tumit Tinggi – Greece

Foto – via Style Caster via Getty Images

Yup, di Greece kamu tidak dibenarkan memakai kasut tumit tinggi di lokasi-lokasi bersejarah dan purba kerana dikhuatiri tumit kasut akan merosakan tapak bersejarah di negara tersebut. Malah jika kamu melawat di tempat-tempat bersejarah di Greece, elakkan makanan dan minuman di lokasi tersebut.

#7 Wajib Melawat Ibu Bapa – China

Foto – China Daily

Jika kamu dan ahli keluarga menetap di China dan duduk berasingan, di China mempunyai undang-undang untuk warga tua di mana, anak-anak yang dewasa dan tinggal berasingan wajib melawat ibu bapa mereka secara ‘kerap’. Seberapa kerap tidak dapat dikenal pasti. Jika undang-undang ini tidak dipatuhi, pihak mahkamah akan memaksa anak-anak untuk melawat ibu bapa beberapa kali dalam sebulan. Ini kerana di China terma ‘filial piety’ sangat diambil berat dan merupakan budaya sejak zaman azali lagi, untuk menunjukan rasa tanggungjawab dan ‘filial piety’ kepada ibu bapa, undang-undang ini dilaksanakan!

#8 Dilarang Meniru Semasa Peperiksaan – Bangladesh

Foto – iStockphoto.com

Dilarang meniru semasa peperiksaan kedengaran biasa bukan, dan paling teruk si peniru akan dikenakan denda untuk ulang semula semester atau di gantung sekolah. Tetapi di Bangladesh, hukuman untuk si peniru sangat berat, ini kerana jika pelajar didapati dan dijumpai meniru akan di masukan ke dalam penjara serta merta. Di bangladesh, kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke atas boleh dimasukkan ke penjara jika didapati meniru semasa peperiksaan akhir tahun.

#9 Tidak Boleh Bising – Kanada

Foto – Live About

Di Kanada, sebarang aktiviti seperti menyanyi, bersiul, menjerit dan menari di antara jam 11 malam sehingga 7 pagi adalah dilarang sama sekali. Bukannya tidak boleh buat bising tetapi pastikan semua aktiviti yang menggunakan bunyi yang kuat dilakukan sebelum jam 11 malam. Pelik tapi benar, itulah senario di Kanada yang perlu kamu ketahui jika ke sana untuk bercuti-cuti!

Foto – Freepik

Pelik tapi benar, itulah beberapa undang-undang pelik dan tak masuk dek akal yang terdapat di seluruh negara. Bagi yang ingin melancong ke luar negara, kamu perlu tahu undang-undang negara yang ingin dilawati agar kamu tidak melakukan sebarang kesalahan apabila ke sana nanti!

Tags: kembaraMelancongMerepek Dan Pelikpelanconganpelik tapi benarundang-undangundang-undang duniaundang-undang pelikweird law
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Merepak! Ini Undang-Undang Luar Negara Yang Kamu Tak Tahu

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.