Pengguna Touch ‘n Go eWallet kini dapat menikmati burger dan sate dengan harga yang sangat murah! Bersempena dengan kempen Jom Makan, Touch ‘n Go menampilkan lebih daripada 137 gerai burger dan sate yang terpilih. Pengguna boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk membeli burger biasa dengan hanya RM1 untuk setiap satu.
Bukan itu saja, pengguna juga dapat menikmati dua cucuk sate secara percuma dengan setiap pembelian tiga cucuk sate. Apa yang perlu pengguna lakukan adalah pamerkan kod QR di gerai-gerai yang mengambil bahagian untuk menikmati promosi ini.
Kempen Jom Makan ini memperluaskan promosinya ke Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Johor! Pastinya kempen makanan sebegini sangat disukai oleh penggemar makanan!
Tawaran istimewa pembelian burger dan sate menerusi Touch ‘n Go eWallet ini adalah sebahagian daripada usaha utama untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat pembayaran secara digital dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Di masa akan datang pengguna Touch ‘n Go eWallet bakal menyaksikan lebih banyak pengguna yang aktif menggunakan eWallet di setiap negara dan dapat menikmati kemudahan hanya di hujung jari bagi menjalani kehidupan harian,bayaran dan urus niaga.
Touch ‘n Go eWallet sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet terkemuka di Malaysia kini telah mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna berdaftar dengan lebih daripada 80,000 lokasi jualan. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk mencapai 100,000 lokasi jualan menjelang penghujung tahun ini nanti.
Layari maklumat terkini di laman web Touch ‘n Go mengenai promosi, terma, syarat dan senarai penuh peniaga yang mengambil bahagian dalam promosi burger dan sate yang sedang berlangsung. Atau anda boleh melihat di Facebook Touch ‘n Go untuk melihat promosi terkini. Bagi yang tidak memiliki Touch ‘n Go eWallet, anda hanya perlu muat turun aplikasi di Google Play dan Apple App.