SK-II bukan sahaja satu jenama produk penjagaan kecantikan yang terkenal di dunia, malah SK-II telah menjadi satu imej lagenda dalam dunia kecantikan dengan menerusi penceritaan produk PITERA™ yang diperkaya dengan elemen-elemen budaya pop seperti komik, muzik dan gabungan realiti yang menjadikan PITERA™ satu legenda dalam dunia kecantikan hari ini.
Semua ini bermula apabila pembuat sake di Jepun memerhatikan tangan encik Toji kelihatan muda, jauh berbeza dengan kedutan yang terdapat di wajah tua encik Toji. Dan ini membongkar kunci rahsia kecantikan menerusi POWER of PITERA™.
Menerusi penemuaan kuasa tersembunyi di dalam PITERA™, menghasilkan legasi kecantikan agung dengan siri produk SK-II PITERA™. Dalam meneruskan legasi ini, SK-II telah membuat sebuah filem yang mengisahkan tentang imma merupakan manusia virtual Jepun yang pertama, menemui POWER of PITERA™ dan menerima kuasa besar.
Dalam perjalanan fantasi ini, imma bertemu dengan pelakon jelita Haruka Ayase, penyanyi dan penulis lagu Leah Dou serta supermodel Behati Prinsloo Levine. Menerusi perjalanan fantasia ini mereka menyambut dan membawa POWER of PITERA™ merubah dunia sekeliling mereka dengan rekaan bold komik Fantasista Utamaro.
Filem ini menampilkan tarian remix daripada lagu “Oh pitera” yang di tulis dan dinyanyikan oleh penyanyi dan juga penulis lagu iaitu John Legend. Di dalam video penceritaan tersebut menceritakan lagenda tentang PITERA™ menerusi pandangan mata imma, manusia virtual yang pertama di Jepun.
imma merupakan wajah virtual untuk jenama terkemuka dunia ini dan sekaligus melambangkan elemen budaya pop, muzik, komik dan gabungan realiti menerusi penceritaan fantasi dalam membentuk gambaran penemuan lagenda PITERA™ di dalam filem fantasia ini.
Penghasilan produk PITERA™ merupakan rahsia paling sulit dan inti pati penting di dalamnya tidak berubah selama 39 tahun dan menjadikan PITERA™ Essence sebagai produk signature dan jualan paling laris di seluruh dunia.
Keberkesanan kuasa menerusi masa dan pengalaman berjuta-juta wanita yang telah menggunakan produk ini mendapati kulit wajah mereka menjadi Crystal Clear dan amat menyukainya sehingga menggelar PITERA™ Essence sebagai “Miracle Water!”.
Sempena menyambut POWER of PITERA™, SK-II bawakan SK-II Facial Treatment Essence Fantasista Utamaro Limited Edition sebagai tanda penghormatan terhadap lagenda PITERA™ dan sekaligus menjadikan produk terbaru edisi terhad ini menjadi legasi kecantikan untuk wajah wanita di seluruh dunia!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk edisi terhad ini, layari laman web SK-II dan dapatkan SK-II Facial Treatment Essence Fantasista Utamaro Limited Edition hari ini untuk mendapatkan kecantikan lagenda.