Penampilan Adele baru-baru ini mengejutkan semua orang dengan bentuk tubuh yang seksi dan menggiurkan! Rata-rata ramai peminat Adele ingin mengetahui bagaimana Adele mengurus diet pemakanannya sehingga dapat bentuk badan yang ideal begitu!
Baca : Adele Sekarang Dah Kurus, Lihat Penampilan Makin Seksi Dan Mengancam
Adele tampil kelihatan langsing kerana mengikuti diet pemakanan Sirtfood, tetapi apa sebenarnya diet Sirtfood ini dan bagaimana pula diet sebegini dapat membantu menghilangkan segala lemak-lemak ‘degil’ dalam tubuh badan.
Adakah mengikuti diet sebegini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri dan adakah diet Sirtfood ini selamat untuk diamalkan. Pastinya terbanyak persoalan-persoalan bermain di minda tatkala memikirkan diet yang bagaimana dapat memberi kesan ke atas tubuh badan.
Melihat Adele yang dahulunya berbadan besar dan kini tampil kelihatan langsing membuatkan ramai orang ingin mencuba diet seperti Adele dengan harapan untuk mendapatkan susuk tubuh idaman!
Apa Itu Diet Sirtfood
Diet Sirtfood ini di reka oleh dua pakar nutrisi selebriti yang bekerja di gym peribadi yang terletak di United Kingdom. Mereka mengiklankan tentang revolusi diet yang terbaru dan rancangan kesihatan yang berfungsi untuk menukar tubuh menjadi langsing.
Diet ini diasas berdasarkan kajian pada sirtuins (SIRT) yang merupakan sekumpulan tujuh protein yang ditemui di dalam tubuh manusia dengan menunjukan mempunyai pelbagai tugas dan fungsi seperti metabolisma, keradangan dan jangka hayat.
Sesetengah tumbuhan semulajadi mampu meningkatkan tahap kandungan protein di dalam tubuh badan dan makanan yang mengandungi kompaun sebegini dikenali sebagai “Sirtfood”.
Berikut adalah senarai 20 top Sirtfood yang termasuk di dalam diet Sirtfood:
- Kale
- Wain Merah
- Strawberi
- Bawang
- Soya
- Parsley
- Minyak Zaitun Dara
- Coklat gelap (85% koko)
- Teh hijau matcha
- Buckwheat
- Kunyit
- Walnut
- Arugula
- Bird’s eye chili
- Lovage
- Kurma medjool
- Chicory merah
- Beri biru
- Capers
- Kopi
Kombinasi diet di antara Sirtfood dan kalori sangat-sangat perlu di jaga dan diselia rapat kerana ia boleh menyebabkan tubuh menghasilkan sirtuins pada tahap yang tinggi. Diet Sirtfood ini memiliki resepi dan plan pemakanan yang harus diikuti untuk menghilangkan berat badan, menyeimbangkan otot tubuh dan melindungi diri dari penyakit kronik.
Apabila kamu membuat keputusan untuk mengikuti ini, kamu harus sentiasa mengikuti program pemakanan Sirtfood dan meminum air jus hijau sebagai menu harian diet.
Apa yang kita perlu tahu tentang diet sirtfood?
Diet Sirtfood ini mempunyai dua fasa yang perlu diikuti selama tiga minggu secara berterusan. Selepas itu, kamu harus meneruskan program diet ini termasuklah pemakanan Sirtfood di dalam gaya pemakanan harian.
Fasa Satu
Fasa pertama berlangsung dari hari pertama sehingga hari ke tujuh dengan melibatkan sekatan atau pengurangan pengambilan kalori dan melebihkan pengambilan air jus hijau. Gaya pemakanan sebegini akan membantu mengurangkan berat badan sebanyak 3.2 kg dalam masa tujuh hari sahaja!
Semasa tiga hari yang pertama, pengambilan kalori sangat-sangat perlu di sekat dan di kawal, ini bermakna dalam masa sehari kamu hanya boleh mengambil 1000 kalori dengan mengikut resepi di dalam buku Sirtfood. Satu jenis makanan Sirtfood dan minum tiga gelas air jus hijau sebagai menu diet harian.
Manakala pada hari keempat sehingga hari ke tujuh, kamu boleh menambah jumlah pengambilan kalori sebanyak 1500 dan mengambil dua gelas jus hijau sehari. Menu pemakanan untuk diet Sirtfood ini harus dijalani dengan disiplin agar kamu dapat bentuk tubuh badan yang ideal.
Fasa Kedua
Fasa kedua pula berlangsung selama dua mingu. Semasa fasa ini berlaku, ia merupakan fasa untuk mengekalkan plan pemakanan diet dan menghilangkan berat tubuh badan. Dalam fasa kedua ini tiada jumlah kalori terperinci yang perlu di ambil.
Selepas Diet Pemakanan
Selepas kamu mengikuti diet pemakanan ini, kamu harus meneruskan fasa kedua secara kerap untuk meneruskan menghilangkan berat tubuh badan. Kamu di galakan untuk meneruskan meminum air jus hijau setiap hari untuk terus memberi bekalan yang diperlukan pada tubuh badan. Dan jadikan ia satu rutin di dalam diet pemakanan kamu.
Resepi Air Jus Hijau
- 75 gram kale
- 30 gram arugula
- 5 gram parsley
- 2 batang saderi
- 1 cm halia
- Buah epal hijau sebelah
- Buah lemon sebelah
- 1/2 sudu teh serbuk teh hijau matcha
Blender ke semua bahan menjadi jus kecuali serbuk teh hijau matcha dan buah lemon, kemudia tapis jus yang di blender tersebut ke dalam gelas dan kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukan jus buah lemon dan serbuk teh hijau matcha ke dalam gelas dan kacau sehingga sebati. Sedia untuk di minum.
Adakah Diet Sirtfood Ini Menyihatkan?
Sirtfood ini hampir ke semuanya merupakan pilihan makanan kesihatan dan menunjukan fungsi kesan kesihatan yang baik kepada tubuh badan seperti antioksidan dan bersifat seperti anti keradangan. Tetapi gaya pemakanan yang sihat bukan semuanya dapat memenuhi keperluan tubuh badan.
Tambahan lagi dengan hanya memakan makanan dengan kalori sebanyak 1000 kalori untuk sehari adalah sangat tidak di galakan oleh pakar pemakanan. Malah pemakanan dengan jumlah kalori sebanyak 1500 juga tidak di sarankan.
Dan diet ini juga menyarankan untuk meminum air jus hijau setiap hari, meskipun jus hijau dapat memberi sumber vitamin dan mineral yang bagus kepada tubuh tetapi ia juga mempunyai sumber gula semulajadi. Tambahan lagi, jus ini juga mengandungi serat yang tidak menyihatkan, dengan meminum air jus sepanjang hari dan setiap hari adalah idea yang tidak bagus untuk jumlah gula dalam darah dan juga pada gigi kamu.
Diet Pemakanan Ini Ada Kesan Sampingan?
Meskipun fasa pertama diet pemakanan Sirtfood ini memfokuskan pada pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan nutrisi yang tidak lengkap, plan diet sebegini tidak sesuai untuk orang yang menghidap penyakit diabetes, sekatan kalori dan meminum air jus hijau setiap hari akan menyebabkan perubahan yang bahaya pada tahap kandungan gula dalam darah.
Diet Sirtfood ini menggunakan sumber bahan makanan yang menyihatkan tetapi apa yang tidak bagus adalah corak atau gaya pemakanan yang harus di ikuti adalah tidak bagus untuk kesihatan.
Tambahan lagi setiap diet pemakanan yang dibuat harus menunjukan bukti kesihatan dan teori saintifik bagi menyokong diet yang dilakukan adalah benar-benar memberi fungsi dan manfaat yang baik kepada tubuh badan.
Sebaik-baiknya ubah gaya pemakanan dan gaya hidup yang lebih baik untuk memberi tahap kesihatan yang baik bagi jangka masa yang panjang!
Terkini, Adele dilihat mengalami penurunan berat badan yang ekstrem sehingga peminat merasakan dia tidak sihat. Gambarnya diambil ketika sedang berlibur bersama keluarga mencuri perhatian netizen, malah kerisauan peminat.
“Adele needs to eat more. She’s too skinny and lost too much weight and it’s unhealthy and I’m worried about her.”