Thylane Blondeau, pernah bergelar “paling cantik di dunia” seusia 10 tahun. Kini muncul pula model kanak-kanak yang lagaknya persis Thylane Blondeau dilabel “paling cantik di dunia”. Semuanya kerana gambar yang dikongsi di Instagram.
Baca : Pernah Digelar “Kanak-Kanak Paling Cantik di Dunia”, Gadis Kecil Sudah Meningkat Remaja
Baru 8 Tahun
Kya-Shae Walker, 8, dilahirkan di London dan tinggal di Bristol bersama ibunya Claudia Rigg, 32, dan abang Cavalli, 12.
Bukan biasa-biasa, budak perempuan 8 tahun mempunyai darah kacukan Inggeris dan Jamaica. Telah mencipta nama lebih satu tahun dalam dunia modelling untuk jenama TK Maxx, Trapstar, Jessie and James, serta beberapa editorial majalah.
Kya mempunyai hampir 1000 pengikuti di halaman Instagramnya @kyashaewalker, yang ditubuhkan oleh ibunya Claudia pada Mac tahun ini, dan gambarnya menjana beratus-ratus tanda suka, dengan ramai yang meninggalkan komen mengagumi kecantikannya.
Iras Thylane Blondeau
Ibu Kya, Claudia meneceritakan bagaimana nenek Kya begitu menyukai model Thylane Blondeau dan sering memuji kecantikannya.
“Ya mereka mempunyai rupa paras yang sama. Kami semua sangat berbangga dengannya dan saya rasa Kya diam-diam menyukai perhatian yang diperolehnya daripada orang ramai!”
Bergelar Model
Claudia memberitahu bagaimana rakan-rakan dan keluarga menggalakkannya memasukkan Kya dalam bidang peragaan dari usia muda.
Selepas menghantar beberapa gambar, Kya telah ditandatangani dengan agensi pemodelan kanak-kanak Grace dan Galor – dan ibunya berkata dia suka berada di hadapan kamera.
“Kami belum pernah shooting di luar negara, tetapi ia adalah impian Kya melakukan shooting di tempat luar dari London,” jelas Claudia lagi.
Nak lihat gambar-gambar Kya, follow Instagramnya – SINI.