Tahukah kamu, individu yang mencipta emoji ini adalah encik Shigetaka Kurita yang berasal daripada Jepun. Mengambil perkataan daripada Jepun, ‘e’ yang bermaksud foto atau gambar dan ‘moji’ bermaksud karakter dan terhasillah ’emoji’ yang bermaksud gambar karakter.
Bentuk emoji adalah begini
Kamu jangan keliru pula diantara emoji dan emotikon, kerana emotikon merupakan simbol yang digunakan bagi mempamerkan emosi. Kadang kala kita semua keliru dan menyangkakan emotikon dan emoji adalah sama tetapi sebenarnya berlainan kerana emotikon merupakan bentuk yang dihasilkan menerusi simbol tipografi.
Begini adalah bentuk emotikon
Emoji merupakan gambar karakter virtual daripada Jepun ini mula tersebar ke seluruh negara apabila Apple mula menambah fungsi tersebut pada telefon iPhone pertama pada tahun 2007. Apple mahu menarik pelanggan Jepun tetapi kemudian ia menjadi popular di kalangan pelanggan yang bukan Jepun.
Setiap tahun ada sahaja emoji baharu ditambah ke dalam pek emoji telefon. Dan hasil ciptaan emoji ini mula mendapat perhatian Unicode Consortium yang memastikan semua gajet menggunakan fungsi emoji virtual ini.
Tetapi siapa sangka, rekaan emoji yang cipta ini menyebabkan isu dan kontroversi di seluruh dunia! Tetapi emoji yang mana satu mencetuskan fenomena dan apa penyebab berlakunya isu sebegini rupa? Jom ikuti Wanista menyelongkar isu ini dengan lebih lanjut di bawah.
Emoji Yang Mencetuskan Kontroversi Di Seluruh Dunia!
Emoji Muka Kuning
Apple mencetuskan kontroversi semasa mengeluarkan Mac OS X Yosemite yang mengandungi fungsi sistem emoji muka dengan pelbagai warna kulit seperti manusia dan warna terbaru yang dimasukan pada ketika itu adalah muka dengan warna kuning yang memberi makna warna kulit masyarakat Asia yang majmuk.
Sebab Kontroversi
Yang menjadikan isu adalah di pengguna Twitter dan Weibo di negara China mengadu bahawa warna kuning pada emoji muka tiada kaitan dengan orang Asia, ianya melambangkan isu perkauman. Manakala pengguna lain menyatakan warna muka kuning seolah-olah menandakan menghidap penyakit kuning.
Emoji Sayur Terung Dan Buah Pic
Emoji sayur terung merupakan hanya semata-mata sayur biasa sahaja tetapi kini ia telah di gunakan oleh segelintir individu yang tidak bermoral dan bertanggungjawab dengan menyamakan rupa sayur tersebut dengan alat sulit lelaki. Malah, Durex juga menggunakan emoji tersebut untuk membuat iklan kondom dan ada juga syarikat lain menghasilkan alat vibrator seperti bentuk sayur terung.
Manakala emoji buah pic pula sering kali dikaitkan dengan isu seksualiti atau seks. Bentuk emoji buah pic tersebut di tafsirkan sebagai punggung dan sering di gunakan di sosial media.
Sebab Kontroversi
Pada tahun 2015 penggunaan emoji sayur terung telah di ban oleh Instagram bersama juga dengan hashtag seperti #EggplantFriday dan #eggplants. Hal ini menjadi fenomena pada tahun 2014 di mana seorang pengguna Instagram lelaki mula memuat naik gambar sayur terung yang melambangkan alat sulit mereka dengan tanda soal dan menaip hashtag #EggplantFriday dan #eggplants.
Kandungan berunsul seksual ini telah melanggar polisi dan kandungan seksual Instagram. Dan para pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Instagram, mereka melancarkan hashtag #FreetheEggplant tetapi pihak Instagram tidak pedulikan kempen yang dilancarkan.
Manakala isu emoji buah pic berkait rapat dengan isu seksualiti atau seks dan berikutan isu ini, Instagram dan Facebook telah melarang pengguna serta sekaligus ban penggunaan emoji buah pic di platform mereka.
Emoji Najis Berkerut
Kita biasa lihat emoji najis dengan senyuman dan emoji najis ini hampir mendapat pasangan baharu iaitu najis berkerut! Euww, emoji najis sahaja buat orang tidak berapa suka apatah lagi dengan emoji najis berkerut pula bukan!
Sebab Kontroversi
Juru tipografi Michael Everson dan Andrew West meluahkan pandangan dan tentang kepada Unicode Consortium terhadap penghasilan emoji najis berkerut. Ini kerana jika emoji najis berkerut dihasilkan dan di ikhtiraf akan wujud kesan lain apabila ia digunakan dan di gabung bersama emoji yang lain. Justeru itu, rekaan emoji najis berkerut di hentikan.
Emoji Perasaan Gemuk
Anda rasa, anda gemuk? Macam mana kita boleh rasa perasaan gemuk tu? Di Facebook, fungsi emoji perasaan termasuklah “Perasaan gemuk atau feeling fat” ini menjadi fenomena di kalangan pengguna Facebook.
Sebab Kontroversi
Sebuah kumpulan kewanitaan yang di ketuai oleh Catherine Weingarten mengadakan kempen “Fat is not a feeling” dan membuat petisyen di Change.org telah berjaya mendapat tandatangan lebih dari 15,000 orang. Kumpulan tersebut menyatakan emoji dengan wajah berwarna kuning bersama dagu berlipat umpama menggalakan body shaming dan mempersendakan individu lain.
Facebook yang pada mula tidak mahu menukar emoji tersebut, kemudiannya menukar emoji tersebut dengan perkataan lain “feeling stuffed”.
Emoji Burger
Google mendapati betapa seriusnya orang ramai mengambil kira tentang bentuk emoji burger selepas mendapati terdapat kesalahan pada emoji burger tersebut dan mendapat kritikan serta pandangan negatif daripada pengguna sosial media.
Sebab Kontroversi
Kesalahan gambar emoji burger itu mendapat perhatian orang ramai apabila penganalisa media sosial Thomas Baekdal membuat perbandingan gambar emoji Google dan Apple yang mana posisi keju tidak betul. Kemudian CEO Google, Sundar Pichai mengubah dan membetulkan semula emoji burger tersebut.
Emoji Udang Karang
Pada tahun lepas Unicode Consortium mengeluarkan 157 contoh emoji yang bakal tiba di gajet, tetapi diantara emoji yang dihasilkan terdapat satu emoji haiwan yang menjadi isu iaitu emoji udang karang.
Sebab Kontroversi
Emoji udang karang yang terdapat dalam pek contoh tersebut di lihat mempunyai dua isu iaitu ekornya seolah-olah seperti tidak ada dan yang kedua adalah kaki udang karang yang sepatutnya ada sepuluh tetapi menjadi lapan kaki sahaja. Dan kemudian Unicode Consortium mereka bentuk semula emoji udang karang dan menambah kaki pada emoji udang karang tersebut.
Emoji Badut Dan Gorila
Emoji badut dan gorila mencetuskan fenomena apabila emoji ini termasuk di dalam 72 pek emoji baru iOS pada tahun 2016. Sebenarnya emoji tersebut tidak bersalah apa pun cuma masa ketika melancar emoji tersebut tidak tepat dan sesuai.
Sebab Kontroversi
Pada bulan Mei tahun 2016, masyarakat di Harambe mengingatkan haiwan gorila yang di tembak mati di zoo Cincinnati selepas haiwan tersebut menarik seorang budak lelaki berusia empat tahun selepas terjatuh ke kandang gorila tersebut.
Manakala emoji badut pula tercetus kontroversi adalah kerana pada tahun 2016 berlangsung upacara clown craze di mana ramai orang berpakaian seperti badut di jalanan di beberapa buah negara dan seseorang mendakwa Apple mencetuskan clown craze untuk mengiklan kedatangan emoji badut.
Emoji Kerusi Roda
Simbol kerusi roda mula digunakan sejak tahun 1968 dan simbol tersebut di reka oleh Susanne Koefoed. Rekaan asal Susanne adalah terdapat orang duduk secara lurus dan menegak di atas kerusi roda tersebut. Yang kelihatan tidak bergerak dan tidak mempunyai kepala, setelah beberapa perubahan dilakukan, tetapi masih mengekalkan idea asal iaitu orang duduk di atas kerusi roda.
Sebab Kontroversi
Apa yang menyebabkan kontroversi adalah emoji yang di hasilkan di dalam iOS menunjukan orang duduk di atas kerusi roda dengan posisi badan secara ke depan dan ia di gelar “accessible icon”. Tetapi simbol ini telah di ban oleh kerajaan US dan International Organization for Standardization (ISO) dan melabelkan perbezaan ke atas orang tiada upaya.
Emoji Pistol Air
Emoji pistol menjadi isu apabila terdapat tindak balas serangan penggunaan senjata api di US. Berikutan isu tersebut Apple membuang emoji pistol dan menukarnya menjadi emoji pistol air.
Sebab Kontroversi
Setelah isu emoji pistol dikaitkan dengan serangan senjata api yang berlaku di US, Apple telah menukar emoji tersebut menjadi emoji pistol air. Tetapi isu pistol ini tidak berhenti di situ apabila emoji pistol air ini di hantar ke pengguna gajet selain daripada Apple yang lain, si penerima akan menerima gambar pistol sebenar.
Dan ini boleh menyebabkan salah faham. dan emoji pistol air ini telah di ban oleh Apple dan juga Microsoft, kerana Microsoft juga telah menghasilkan emoji pistol pada ketika itu.
Emoji LGBT
Emoji LGBT yang melambangkan hubungan homoseksual atau hubungan sejenis adalah tidak sah dan mendapat tentangan di seluruh negara. Apple membuat penyiasatan di Rusia kerana disyaki membuat propaganda mempromosikan perkahwinan sesama jenis di mana ia bertentangan dengan undang-undang di Russia.
Sebab Kontroversi
Apple disyaki membuat promosi propaganda LGBT yang menggalakan perkahwinan sesama sejenis. Jika Apple di dapati bersalah, Apple boleh dikenakan denda sebanyak 1 juta rubles ($15,000) Rusia. Isu ini bukan sahaja mendapat tentangan di Rusia, malah di Indonesia juga telah mengarahkan agar emoji tersebut di buang dari semua aplikasi di negara tersebut.
Macam-macam masyarakat sekarang ini, emoji yang di reka untuk memberi kemudahan berkongsi perasaan secara normal kepada orang tersayang telah di salah guna dan menyebabkan kontroversi berat!