Bagi wanita dunia fesyen merupakan pentas untuk menampilkan diri sebenar dalaman wanita. Industri fesyen tidak terikat pada sesuatu era, zaman, tempat atau budaya. Dan siapa yang tidak ingin tampil kelihatan cantik dan menawan bukan? Memperagakan fesyen yang digayakan memerlukan keyakinan di dalam diri wanita, agar mereka tidak kelihatan ‘lemah’.
Bak kata pepatah, wanita bertatarias dan bergaya dengan fesyen mereka, umpama askar yang menuju ke medan perang bersama perisai di badan! Apa yang dipakai itulah yang memberikan sumber kekuatan dan keyakinan dari dalam diri wanita.
Menyentuh soal keyakinan diri ini, Wanista pasti ada segelintir wanita bertudung yang tidak berapa gemar berfesyen menganggap berfesyen sambil bertudung melecehkan atau beranggapan tiada gaya fesyen yang sesuai untuk mereka ikuti.
Bagi Wanista, apabila wanita memiliki keyakinan yang tinggi dalam diri mereka, pakailah fesyen macam mana sekali pun, ia tetap akan kelihatan cantik. Kerana masyarakat terpaku dengan kecantikan dalaman yang dipancarkan.
Tidak percaya, lihat sahaja selebriti-selebriti yang berhijab di Malaysia, gaya mereka berfesyen cukup ringkas, berstail dan ayu serta berkeyakinan. Penampilan mereka yang serba ringkas tetapi masih mengekalkan sentuhan elegan dan sopan ini menjadi contoh yang sesuai untuk wanita bertudung!
#1 Siti Nordiana – Padanan Blaus Bersama Skirt 3 Suku
Gaya padanan baju blaus berwarna biru lembut yang di tuck-in ke dalam skirt tiga suku yang mempunyai paras labuh sehingga di bawah lutut sahaja. Tetapi jangan bimbing, bahagian kaki di sembunyikan dengan kasut boot paras lutut. Nampak ayu dan dalam masa yang sama ia memberikan elemen berketerampilan kepada wanita bertudung.
Tips – Pilih warna atau corak skirt yang sesuai dan tidak terlalu berat atau sarat.
#2 Wawa Zainal – Dress Labuh Bertingkat
Dress labuh bertingkat sesuai sangat digayakan oleh wanita bertudung kerana ia menampilkan elemen feminin dan ayu kepada wanita yang memakai pakaian bertingkat ini. Selain itu ia juga membuatkan diri wanita kelihatan tinggi dan ramping apabila memakai pakaian seperti ini.
Tips – Padanan dress labuh bertingkat bersama kasut tumit tinggi menyempurnakan lagi gaya pilihan.
#3 Siti Sarah – Jump Suit
Pakaian yang semakin diminati ramai iaitu jump suit ini memberikan sentuhan gaya fesyen unik dan bold kepada wanita. Rekaan baju dan seluar one-piece ini menjadikan ia satu pakaian yang menarik dan dalam masa yang sama berberikan mesej keyakinan dan berani kepada wanita yang memakai baju jump suit ini.
Tips – Rekaan jump suit yang ringkas dan kemas mampu memberikan impak kasual kepada si pemakai. Jadi jangan berasa segan untuk memakai pakaian jenis jump suit ini.
#4 Amy Mastura – Jaket Dan Lilitan Tudung Ringkas
Jaket menjadi pilihan wanita untuk tampil kelihatan bergaya dan berketerampilan tetapi adakalanya pemilihan jaket dan tudung yang dipilih tidak sesuai, sebaiknya pilih gaya lilitan tudung yang ringkas dan kemas agar penampilan jaket tidak tenggelam.
Tips – Lilitan tudung yang serba ringkas dan kemas menampilkan gaya yang memuaskan, Di tambah pula dengan padanan bersama jaket labuh dengan rona warna yang sesuai dipadankan bersama tudung yang dipakai.
#5 Lisa Surihani – Blaus Kimono Dan Jeans
Blaus kimino yang menjadi pilihan ramai wanita kerana warna dan corak yang terdapat pada blaus kimino tersebut memberi aura harmoni. Sudah tentu di mata yang memandang pemilihan untuk menggayakan baju ini ia memerlukan padanan seluar yang sesuai. Apa susah-susah, padanan blaus kimono dan jeans saja sudah cukup sesuai.
Tips – Blaus kimono sesuai dipadankan dengan mana-mana seluar asalkan kamu rasa selesa dan bagi yang jenis inginkan pakaian serba ringkas, cukup padankannya bersama seluar jeans.
#6 Yuna – Turban
https://www.instagram.com/p/B2fFpQ7hbCP/
Turban menjadi head dress yang ikonik dalam dunia fesyen terkini, Ramai wanita moden menjadikan turban sebagai head dress bagi menyempurnakan penampilan yang pilih. Bagi wanita yang memilih turban sebagai seleksi fesyen seharian, mereka sangat berkeyakinan dan percaya terhadap sendiri.
Tips – Pemilihan warna turban menjadi fokus utama dalam berfesyen jika kamu memilih untuk menggayakan bersama turban. Jadikan diri kamu untuk tampil berani dengan gaya penampilan bersama turban!
#7 Catriona Ross – Long Dress Dan Sneakers
Hah, jangan kata wanita berusia tidak lagi kelihatan stailo, dengan memakai long dress bersama jaket dan juga sneakers akan membawa semula diri yang berusia menjadi kembali muda belia. Malah wajah dan aura juga kembali di zaman usia 20 tahun. Yang penting, kita yakin dan selesa dengan apa yang kita pakai, itu sudah cukup!
Tips – Pemilihan long dress dan jaket atau gardigan adalah pasangan yang sangat sesuai untuk di pakai oleh wanita berusia, belia dan remaja.
Wanita harus lebih berani dalam berfesyen, berani bukanlah bermaksud perlu berpakaian seksi atau sebagainya. Cukup sekadar memakai pakaian yang dapat menonjolkan keyakinan diri dan bersesuaian untuk wanita bertudung.