Ratu cantik Russia, Rihana Oksana Petra, 27 tahun yang merupakan bekas isteri Sultan Kelantan menunjukan gambar anaknya buat pertama kali di akaun sosial media Instagram milikinya pada 2 November 2019 baru-baru ini. Gambar yang di muat naik tersebut mendapat 104K liked dan lebih 7K komen sejak gambar tersebut di post di Instagram ratu cantik tersebut.
Bayi yang berusia lima bulan ini kelihatan serupa seperti wajah Sultan Muhammad V, dan juga Oksana mendakwa bahawa Sultan Kelantan tersebut adalah bapa kepada anaknya Tengku Ismail Leon Petra.
Nama Saya Ismail Leon, 5 Bulan!
Raut wajah Ismail Leon Petra yang berusia lima bulan ini sangat comel dan rata-rata ramai netizen yang memuji kecomelan bayi ini. Malah netizen juga memberi komen bahawa wajahnya seiris wajah Sultan Muhammad V!
Memang seiris betul wajah putera sulung Rihana Oksana ini dengan wajah bekas suaminya Sultan Muhammad V. Alahai comel betul!
Temubual Eksklusif Rihana Oksana Perkenal Tengku Ismail Leon
Berikutan Rihana Oksana memuat naik gambar anak lelaki sulungnya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Rihana memilih MailOnline sebagai platform untuk memperkenalkan anaknya secara rasmi. Menerusi temubual eksklusif tersebut, Oksana dengan bangganya memperkenalkan anak lelakinya.
“Ini adalah putera saya. Ismail Leon berumur lima bulan yang memiliki iris wajah Sultan Muhammad V, Sultan negeri Kelantan yang merupakan bapa kepada Ismail Leon.
Rupanya kelihatan seperti ayahnya dan dia mempunyai wajah Asian,” jelas Oksana menerusi temubual tersebut.
Sebab Perpisahan Adalah Rahsia – Rihana Oksana
Rihana Oksana berkongsi menerusi temubual tersebut bahawa bekas suaminya sangat gembira apabila mengetahui dirinya hamil dan teruja menjadi seorang bapa. Oksana menjelaskan bahawa Sultan Muhammad V sangat menginginkan anak dan apabila mendapat berita bahawa dirinya bakal menjadi bapa, Oksana mendakwa bahawa bekas suaminya itu menangis dan berkongsi berita gembira tersebut kepada kawan-kawannya.
Konflik perkahwinan yang melanda rumah tangga Oksana dan Sultan Muhammad V ini membuatkan tanda tanya ramai pihak tentang punca perpisahan mereka berdua. Oksana menjelaskan bahawa terdapat sebab mengapa perpisahan ini berlaku dan buat masa ini Oksana tidak bersedia untuk menjelaskan apakah punca tersebut.
Tuntutan Nafkah Untuk Ismail Leon Petra
Pada bulan lalu, Rihana Oksana telah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia dengan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan. Oksana menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow serta London yang bernilai RM47 Juta.
Di harap konflik ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak.