Angelina Jolie ‘all-out’ untuk editorial majalah Harper Bazaar.
Aktres Maleficent tampil sensual tanpa seurat benang dalam editorial majalah Harper Bazaar untuk keluaran Disember/Januari.
Angelina Jolie, 44, yang hanya mengenakan solekan nipis diselimuti fabrik sheer jarang dengan ekspresi wajah yang edgy dan bold.
Dalam majalah itu, Jolie menjelaskan bagaimana dia mencari kekuatan dalaman ketika melalui episod perceraian dan menemui dirinya semula dengan bantuan dari enam orang anaknya.
“Anak-anak kenal diri saya, mereka telah membantu saya mencari diri saya semula dan sama-sama melaluinya. Mereka telah melalui banyak benda. Saya belajar dari kekuatan mereka.
Selain itu, aktres yang pernah merangkul anugerah Oscar terbuka menceritakan kehidupan di zaman remaja, di mana dia langsung tidak popular di sekolah, semangat spiritual. Bahkan bagaimana dia sebenarnya ingin tinggal di luar negara bersama anak-anak tetapi kekangan bekas suami Brad Pitt yang mahu tinggal di Los Angeles serta pelbagai lagi kisah peribadinya dikongsi.
Angelina Jolie sampai ke hari ini masih kekal jelita dan anggun. Apalah yang dia makan ye?