Tahukah, lelaki yang menghantar gambar kemaluan dirinya sendiri cenderung mempunyai harga diri yang rendah.
Bukan penulis pandai-pandai sendiri tapi ini kata pakar sendiri dan memang penulis tersangatlah bersetuju.
Menghantar gambar zakar yang tidak diminta dikaitkan dengan harga diri yang rendah dalam kalangan lelaki straight, menurut satu kajian yang dibentangkan oleh The Society for the Scientific Study of Sexuality.
Cara Kajian Dilakukan
Untuk menentukan kajian, Justin J. Lehmiller, ketua penyelidik dan pengkaji seks di The Kinsey Institute, meninjau 378 lelaki berusia 18 tahun atau lebih tua tentang pengalaman mereka menghantar kedua-dua gambar zakar yang diminta dan tidak diminta. Majoriti lelaki ini, 77% daripadanya, adalah heteroseksual.
- Foto – UAB
Lehmiller juga bertanya soalan-soalan tentang harga diri mereka, empati, dan sama ada mereka mempunyai kecenderungan untuk menipu.
Kesimpulannya, Lehmiller menemui satu hubungan antara kebiasaan menghantar gambar-gambar zakar lelaki dan personaliti mereka – di mana mereka yang menghantar gambar zakar yang tidak diminta lebih cenderung untuk mempunyai tahap harga diri yang rendah dan keperibadian “tidak menyenangkan” atau tidak bermoral.
Lelaki Hantar Sebab Dapat Respon Positif Dari Jantina Lain
Tinjauan ini juga mendedahkan persamaan di kalangan semua lelaki tanpa menghiraukan orientasi seksual.
Lehmiller mendapati bahawa kebanyakan lelaki berkata menghantar imej yang tidak diminta “seringkali mengakibatkan balasan” atau membawa kepada hubungan seks dengan orang yang mereka hantar gambar yang tidak diingini.
Lelaki Yang Menghantar Gambar Juga Dikenali “Narcissistic”
Ini bukan kali pertama penyelidikan berkaitan lelaki yang menghantar gambar buah zakar mereka sendiri, malah kajian sebelum ini juga berkongsi kesimpulan yang sama – miliki harga diri yang rendah.
Kajian November 2018 tentang 1,000 lelaki di antara berumur 16 dan 75 yang mengenali diri sebagai lelaki sejati mendapati lelaki ini cenderung mempunyai sifat-sifat “narcissistic”.
- Foto – Pinterest
Baca : Info Lengkap Penyakit Gangguan Mental ‘Narcissistic Personality Disorder’
Lagi individu yang menghantar gambar-gambar erotik ini juga lebih cenderung menunjukkan tingkah laku seksis, sama ada meletakkan wanita di tempat yang terkutuk atau mempunyai pandangan negatif terhadap wanita.
Selain itu, para penyelidik mendapati 82% daripada lelaki berkata mereka percaya menghantar imej yang tidak diminta akan memberi mereka “kegembiraan seksual”. Sentimen ini dapat dibaca sebagai rasa harga diri yang tinggi, yang merupakan ciri khas narcissistic.
Kemungkinan juga mereka yang menghantar gambar kemaluan sebagai cara untuk menyembunyikan tahap harga diri yang rendah yang didedahkan oleh kajian Lehmiller.
- Foto – Times India
Yang pasti tindakan sebegini, menghantar gambar kemaluan sendiri merupakan satu perbuatan terkutuk dan patut dijauhi.