Semalam idol Apink membuat kemunculan di Lazada 11.11 Super Show. Rata-rata penonton yang datang jatuh cinta dengan kecomelan, kecantikan dan keletah setiap anggota kumpulan Apink.
Apink yang terdiri daripada enam gadis muda mengenakan persalinan putih sedondon telah mendendangkan lagu Mr Chu, I’m So Sick dan Love mencetuskan histeria dalam kalangan peminat.
Dalam temu bual, salah seorang member Naeun menerima pujian dalam kemahirannya berfotografi. Naeun beritahu, “rather than posing on purpose, I often take many candid shots of myself, and I would pick one of the best, ” mungkin itulah sebabnya Instagram gadis 25 tahun ini cukup aesthetic sekali.
Fotogenik
Naeun merupakan antara k-pop idol tercantik di Korea. Namanya sebaris dengan SNSD Yoona, Bae Suzy, Sandara Park, IU, Krystal Jung serta ramai lagi goddes Korea.
https://www.instagram.com/p/B1TVQlMBQyJ/
Mungkin kerana itu, Naeun fotogenik dalam bergambar, sama ada ketika spontan atau posing, mukanya elok dan sempurna sahaja. Untunglah!
Fesyen Sangat Stailista
Walau menyarung t-shirt polos dan jeans sahaja, Naeun tetap nampak stail. Yang best, Naeun tidak trying so hard ketika berfesyen, dia mementingkan keselesaan agar lebih berkeyakinan.
https://www.instagram.com/p/BvUkGIYBK_l/
Lagi pula dengan tubuh langsing dan ketinggian 1.68m, serba-serbi menarik untuk dilihat.
Adidas Freak
Naeun dan Adidas memang tak boleh berpisah. Sama ada legging, jaket, hoodies, sneakers, pasti ada salah satu helaian Adidas. Kata duta Adidas Korea, mesti kena promote.
https://www.instagram.com/p/Bxj4wE7hYLG/
Latar Belakang Permandangan Indah
Sama ada di pantai, jalanan, supermarket, restoran, Naeun tidak ketinggalan mendapatkan shot yang terbaik untuk dijadikan memori.
https://www.instagram.com/p/BwHHRwQh2Fi/
Penulis paling suka bila Naeun ke luar negara, banyak betul gambar dengan background yang cantik-cantik!
Natural Dan Spontan
Ini lagi satu yang best tentang IG Naeun. Dia tidak hanya posing, tapi adakala tampil spontan dan natural. Gambar dia sedang bermain telefon, ketawa girang, bercakap di telefon, di stesen minyak dan banyak lagi. Semua nampak cool!
Selain Apink Naeun, IG artis mana lagi yang best dan cantik je? Komen di bawah..