Akhirnya IKEA Southeast Asia melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di Tebrau.
Yang menarik sempena pembukaan Toppen, berlangsung dari 13 November hingga 24 November 2019, kesemua para pengunjung dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah, ber’zumba’ beramai-ramai dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara serta tawaran hebat menanti.
Sebelum ke sana, Wanista beritahu dulu perkara-perkara yang menarik berlaku di Toppen yang anda semua tidak boleh lepaskan peluang.
Lebih 80% Jenama Baru
Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), panggung wayang TGV sehinggalah lebih 80% jenama baru seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus.
Jiran tertangga Toppen adalah Ikea dan Aeon Tebrau, jadi anda bolehlah sakan berjalan.
Rooftop Paling Cool ‘The Topp’
Tarikan utama di Toppen ialah The Topp. The Topp menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco.
Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.
Perkhidmatan ‘Online – Offline’
Nama Toppen bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden, oleh itu mereka berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran. Memahami keinginan masyarakat, Toppen meraikan setiap pelanggan dengan cara mereka tersendiri – menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa.
Festival #JelesEk
Untuk orang JB je! Diinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen mempersembahkan lagu tema #JelesEk. Ia menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen.
Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000.
Tengok Wayang Di TGV
TGV serba baru serba cangia di Toppen! Bermuda dengan pemasangan FLEXOUND terbesar di dunia dan FLEXOUND pertama di Asia Tenggara. Teknologi FLEXOUND membolehkan orang ramai melalui pengalaman menonton lebih jelas melalui dialog, kesan deria sentuhan dan kualiti suara yang sempurna hanya dari tempat duduk yang juga empuk dan selesa.
TGV Toppen JB bukan hanya destinasi hiburan semata tetapi juga tempat untuk bersosial. Coke Zone dan Sony Interactive Zone akan membuat debut mereka di sini yang akan membolehkan pengunjung untuk melepak, selfie kerana dekonya sangat #InstagramWorthy, melayari Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma dan mengecas peranti mereka dengan stesen pengecasan.
Jadi jangan lepaskan peluang datang ke Toppen. Ajak keluarga dan kenalan ye.
Have Fun!