Nama Kylie Jenner sudah tidak asing lagi di dalam industri kosmetik dan kecantikan, Kylie mencipta sejarah sebagai usahawan dan selebriti muda terkaya di Amerika Syarikat. Kylie yang baru sahaja berusia 22 tahun pada tahun ini, membuatkan ramai orang terutama peminat Kylie berasa kagum ke atas kejayaan yang di miliki oleh Kylie.
“Kuasa wanita sangat hebat, usia bukan penghalang untuk miliki kejayaan!”
Jutawan berusia 22 tahun ini menggemparkan dunia industri kosmetik apabila berita mengenai Kylie menjual saham syarikatnya kepada syarikat kosmetik dan wangian terbesar dunia iaitu Coty Inc.
Kylie Jual Saham Majoriti Sebanyak RM2.4 Bilion!
Kylie menjual saham majoritinya iaitu 51 peratus kepada syarikat kosmetik dan wangian gergasi Coty Inc, sebanyak $600 juta atau RM2.4 bilion! Syarikat Coty Inc yang merupakan penghasil jenama kosmetik kecantikan seperti Covergirl, OPI, Rimmel, GHD dan Clairol ini, kini memegang saham majoriti bagi syarikat Kylie Cosmetics.
Kini nilai jualan syarikat kosmetik milik Kylie Jenner ini mencecah $1.2 bilion atau RM4.9 bilion. Meskipun Kylie telah menjual saham majoriti syarikat kosmetiknya, Kylie masih mempunyai 49 peratus saham syarikatnya dan dirinya sendiri akan terus mengetuai perkembangan syarikat dari aspek kreativiti pemasaran serta komunikasi.
“Saya sangat teruja bekerjasama dengan Coty dan ingin mengembangkan perniagaan Kylie Cosmetics dan Kylie Skin di seluruh dunia. Saya memandang ke depan dan akan meneruskan kretiviti serta berinteraksi bersama peminat di seluruh dunia menerusi sosial media,” ujar Kylie
Bawa Syarikat Kosmetik kylie Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi!
Kylie berharap berharap dengan kerjasama bersama syarikat kosmetik terbesar seperti Coty, akan dapat membawa Kylie Cosmetics dan Kylie Skin ke peringkat yang lebih tinggi baik di dalam negara mahupun di luar negara!
Tambahan lagi Coty merancang untuk menggunakan kekuatan kuasa digital yang Kylie miliki untuk mengembangkan potensi jenama kosmetik syarikat secara global dengan menawarkan pelbagai seleksi pilihan kosmetik bermutu. Dan Coty juga melihat menerusi usahasama ini syarikat kosmetik kylie berpotensi mengeluarkan wangian jenama sendiri.
Kylie memiliki pemikiran seorang usahawan berjaya, jadi tidak hairanlah syarikat kosmetik miliknya semakin berkembang dari hari ke sehari! Jom, ikuti perjalanan Kylie membangunkan perniagaan sendiri semasa dirinya masih lagi belasan tahun!
Buka Perniagaan Kosmetik Seawal Usia 19 Tahun!
Pasti ramai yang mengetahui Kylie telah membuka syarikat kosmetiknya pada tahun 2016 semasa dirinya baru sahaja berusia 19 tahun pada ketika itu. Menerusi duit yang di simpan hasil bekerja sebagai model pada masa itu, Kylie membuka perniagaan kosmetiknya sendiri.
Kylie yang sememangnya memiliki ramai pengikut di sosial media membuatkan kosmetiknya secara perlahan-lahan mula mendapat perhatian di kalangan peminat baik dari dalam negara mahupun di luar negara.
Kylie Jenner Digelar Sebagai Bilionair – Forbes
Menurut laporan daripada Forbes, hasil kekayaan yang di miliki oleh syarikat kosmetik milik Kylie ini bernilai US$177 juta dalam tempoh 12 bulan pada tahun 2018, ini bermakna lebih kurang 40% pertumbuhan hasil kekayaan yang di kutip oleh syarikat kosmetik Kylie dalam tempoh satu tahun. Hebat betul!
Kylie mencipta sejarah sendiri sebagai ibu muda dan usahawan selebriti bilionair yang berusia 22 tahun, mengalahkan Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook yang bergelar bilionair termuda pada usia 23 tahun.
Kylie Cosmetics Seleksi Pilihan Kosmetik Tiada Tandingan!
Nak cantik macam Kylie? Gunalah kosmetik dari Kylie Cosmetics ni, lepas makeup comfirm letup!
https://www.instagram.com/p/B5Bua61Hino/
Geram je tengok koleksi kosmetik sempena hari natal tahun ni! Agak-agak berapalah harga nak beli satu set kosmetik ni ya.
https://www.instagram.com/p/B45w_3jHSit/
Siapa minat warna merah jambu, pasti kamu berasa geram melihat warna kosmetik Kylie yang ini! Alahai, terlalu cantik set kosmetik yang ini, rasa tak sampai hati nak pakai. Buat koleksi pun okay!
https://www.instagram.com/p/B4xpC7AnT0N/
Kylie ni tiap kali tengok, tak pernah tak cantik! Muka dah sememangnya semula jadi cantik di tambah pula dengan makeup semakin berseri dan cantik jelita di buatnya! Jelas tengok usahawan selebriti bilionair ni.
https://www.instagram.com/p/B21Wgc4HVmu/
Hah, betapa hebatnya Kylie ni sampai jual kosmetik guna vending machines sendiri tau! Mesin ada di dalam lapangan terbang McCarran International Airport, Las Veges. Konsep beli kosmetik macam beli makanan di vending machine ni memang menarik. Kreatif betul idea-idea Kylie ni!
https://www.instagram.com/p/B421ZnBpcK_/
Kylie Mahu Stormi Warisi Syarikat Kosmetik
https://www.instagram.com/p/B4JHtIfHqQF/
Ibu muda dan usahawan selebriti ini berharap suatu hari nanti anak perempuannya Stormi Webster akan mewarisi syarikatnya. Nampaknya gaya, Kylie telah membuat perancangan untuk bekerja seumur hidup dengan syarikat Kylie Cosmetics miliknya. Bertuah Stormi dapat ibu serba boleh seperti Kylie ni! Bila dah besar dapat mewarisi legasi ibunya sendiri.
Dengan kerjasama diantara Kylie dan Coty, syarikat kosmetik yang dibangunkan pasti akan semakin berkembang pesat secara global. Ini akan membuatkan jenama Kylie Cosmetics dan Kylie Skin semakin kukuh bertapak di dalam industri kosmetik ini.
Nampaknya semua ahli keluarga Kylie sendiri mengembangkan potensi diri dalam dunia perniagaan. Hebat betul.
Kamu ingin ketahui apa lagi barang-barang kosmetik yang di jual oleh Kylie. Jom layari laman web Kylie Cosmetics dan lihat sendiri betapa rambangnya mata melihat puluhan kosmetik yang cantik-cantik di jual oleh Kylie!