• Latest
Kena Tindih Masa Tidur Sebab ‘Makhluk Halus’, Ini Anda Kena Tahu

Kena Tindih Masa Tidur Sebab ‘Makhluk Halus’, Ini Anda Kena Tahu

November 19, 2019
Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

January 28, 2021
Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

January 28, 2021
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

January 27, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Kena Tindih Masa Tidur Sebab ‘Makhluk Halus’, Ini Anda Kena Tahu

Malisa Aina by Malisa Aina
November 19, 2019
Kena Tindih Masa Tidur Sebab ‘Makhluk Halus’, Ini Anda Kena Tahu
6
SHARES
56
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda pernah mengalami situasi di mana – ketika dalam tidur anda berasa seperti ada ‘sesuatu’ menindih sehingga anda tidak boleh bangun, dada terasa sakit, suara langsung tak keluar, bulu roma mula meremang, seakan-akan ada benda berat di atas walhal tidak.

Ramai individu pernah mengalami situasi ini namun tidak tahu hujung pangkalnya. Fenomena tindih’ ini disebut sleep paralysis atau kelumpuhan tidur. Ada yang kaitkan fenomena ini dengan makhluk halus, betul ke?

Penjelasan Sains Tentang Fenomena Tindih

Dilaporkan fenomena tindih mempunyai kaitan dengan dua hormon – Glycine dan Gamma Aminobutyric Acid (GABA).

Keduanya memainkan peranan penting melumpuhkan otot-otot badan ketika fasa rapid eye movement (REM) kerana pada ketika ini, kita mengalami mimpi. Tujuan kelumpuhan tersebut adalah untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang dimimpikan.

Foto – The Sleep Advisors

Secara fisiologi, anda sepatutnya tidak sedarkan diri ketika fasa REM ini. Mata anda tertutup rapat dan mimpi hanyalah sekadar mimpi. Namun, jika seseorang itu bangun ketika fasa REM, maka individu tersebut akan mengalami kelumpuhan kesan daripada rembesan hormon tersebut.

Otot anda masih lumpuh tetapi mata anda berkeliaran memandang persekitaran dan dalam masa yang sama, anda merasakan sesuatu menindih di bahagian dada anda. Kelumpuhan ini biasanya berlaku sekitar 1 hingga 3 minit, ia tidak mudaratkan kesihatan tetapi pengalaman yang menakutkan.

Kaitan Dengan Makhluk Halus

Amigdala merupakan sistem saraf yang berbentuk kacang, terletak pada bahagian lobus temporal tengah. Ia adalah sebahagian daripada struktur basal ganglia dan bahagian otak yang paling aktif ketika fenomena kelumpuhan tidur kerana fungsinya adalah untuk mengawal atur memori berkaitan perasaan dan ketakutan.

Bayangkan anda mempunyai amigdala yang sedang aktif membuatkan anda takut, namun tiada apa-apa perkara di persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk membuatkan anda takut. Ini merupakan satu paradoks dan solusi kepadanya adalah halusinasi.

Foto – CNET

Untuk menguatkan lagi, satu kajian telah diterbitkan oleh Brian A. Sharpless dan Monika Klikova pada tahun 2019 melibatkan 185 individu yang didiagnos dengan masalah ini. Kajian mendapati bahawa 58 peratus daripada mereka merasakan kehadiran sesuatu yang bukan manusia di dalam bilik sewaktu fenomena tersebut sedang berlaku.

Halusinasi boleh berlaku dalam pelbagai jenis bentuk. Ada individu yang melaporkan mereka merasa seolah-olah di awang-awangan, ada yang ternampak individu asing berada bersama mereka di tempat mereka tidur dan ada yang ternampak makhluk halus menindih dada mereka.

Cara Atasi Kelumpuhan Tidur

Satu-satunya cara untuk mengatasi keadaan ini supaya tidak lagi berlaku adalah dengan mengamalkan tabiat tidur yang baik.

Tidur yang cukup

Kekurangan tidur adalah salah satu punca lumpuh tidur. Jadi sebaiknya anda mendapat tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari. Elak daripada segala perkara yang boleh mengganggu tidur, seperti:

  • Minum kopi sebelum tidur atau minum alkohol sebelum tidur
  • Makan besar pada waktu malam
  • Bermain telefon bimbit sebelum tidur
  • Melakukan senaman 2 jam sebelum tidur
Foto – Health

Pemeriksaan Pakar

Jika keadaan kelumpuhan boleh menjejaskan diri, terutamanya pada individu yang mempunyai insomnia, norkolepsi atau restless leg syndrome, maka pemeriksaan pakar perlu dibuat. Individu dengan keadaan ini memerlukan ubat untuk mengurangkan simptom, supaya mereka dapat tidur dengan lebih baik.

Ubat yang diberikan biasanya merupakan antidepresan. Terapi mungkin diperlukan untuk mengurangkan tekanan dan melegakan gejala sehingga tidur tidak lagi terganggu.

Bila terjadi, sila jangan panik kerana ini akan memudaratkan anda lagi.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2

Tags: kena tindihkena tindih masa tidursebab kena tindihtindihtindih dalam tidurtindih tak boleh bangun
Share2Tweet2Send

ARTIKEL BERKAITAN

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja
Health

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

October 27, 2020
Kenapa Angle Muka Sebelah Kiri Lebih Cantik Berbanding Kanan?
Living

Kenapa Angle Muka Sebelah Kiri Lebih Cantik Berbanding Kanan?

October 27, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan