Jika anda merupakan penggemar jeruk, mungkin anda sangat teruja dengan lip balm yang satu ini.
Dinamakan Dill Pickle Lip Balm, bunyinya sangat pelik tetapi ternyata ramai pengguna menyukai dengan kelembapan yang diberikan, di samping ketagih. Malah rata-rata review hanya yang positif sahaja disuarakan pengguna. Boleh tahan hebat.
Yang Menarik
Balsem bibir buatan sendiri hanya mengandungi bahan-bahan semula jadi yang diakui keberkesanannya. Mengandungi minyak badam, minyak avocado, mentega shea, lilin, mentega koko, minyak kastor, vitamin e, minyak wangi.
Dill Pickle Lip Balm disertakan dengan bahan-bahan pelembap seperti Butter Cocoa, Butter Shea, dan Vitamin E. Menambah kelembapan yang berpanjangan dan seri pada bibir. Menyihatkan, melembapkan, dan menenangkan!
Di Mana Boleh Beli
Anda mendapatkan lip balm di Etsy pada harga MYR 16.84 dari penjual BluePoppyBath.