Wanista pasti ada di kalangan pembaca mengalami masalah tona kulit tidak sekata. Tona kulit tidak sekata menyukarkan kita semua untuk mencari bedak asas yang bersesuaian.
Lagi satu yang merimaskan tona kulit tidak sekata membuatkan kemasan mekap menjadi tidak sempurna – agak bercapuk dan tidak flawless. Oleh itu penting dalam mencari mekap yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah, di samping memberi kesan sempurna yang tidak merosakkan.
Wanista Perkenalkan Nudestix Tinted Cover!
Apa kelebihan Nudestix Tinted Cover berbanding foundation, bb cushion malah skin tint yang lain?
Nudestix percaya kepada pendekatan minimalis untuk mencipta kulit yang kelihatan semula jadi dan sempurna. Jadi, Nudestix Tinted Cover, bedak asas dari formula inovatif yang berpigmen mampu untuk merawat, memberi tona sakata malah kesan cerah. Nudestix percaya mekap yang baik apabila anda merasakan seperti tidak memakai sebarang mekap di wajah.
Nudestix Tinted Cover adalah asas kemasan yang diformulasikan mengikut formula penjagaan kulit Korea yang dicipta untuk merata dan mencerahkan warna kulit, bertindak semula jadi untuk melindungi dari penuaan, melembapkan kulit dan meningkatkan tekstur keseluruhan.
Rahsia Nudestix Tinted Cover
Produk ini menggunakan bahan semula jadi yang baik untuk kulit. Menggunakan teknologi hidra untuk melembutkan kulit dan 18 ekstrak semula jadi untuk menyeimbangkan keadaan kulit, melindungi dari alam sekitar, menyediakan faedah anti-penuaan dan memperbaiki tekstur keseluruhan.
Anti-pencemaran, Anti-oksidan, Anti-penuaan, Anti-radang : Camellia Japonica Flower Extract, Morus Alba (White Mulberry) Bark Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Diospyros Kaki Leaf Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Vitis Vinifera (Grape) Fruit Extract, Zanthoxylum Piperitum Peel Extract, Coffea Arabica (Coffee) Seed Extract, Polygonium Cuspidatum Root Extract (Resveratrol BT).
Anti-penuaan, Ketegangan, Anti-kedutan : Lilium Tigrinum Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Leontopodium Alpinum (Edelweiss) Flower Leaf Extract, Castanea Crenata (Chestnut) Shell Extract, Carthamus Tinctorius (Safflower) Flower Extract.
Anti-bakteria, Anti-radang : Tea Tree, Eucalyptus Leaf, Peppermint & Rosemary Extract.
Minyak mencerahkan kulit
Bebas kekejaman, vegan, bebas paraben dan gluten, bebas dari sebarang wangian
Penulis dah cuba! First of all, ia terasa sangat ringan di wajah – bagaikan tidak memakai sebarang mekap. Walau tidak memberi litupan penuh, Nudestix Tinted Cover mampu meratakan tona kulit seadanya bahkan merawat juga, sesuai sangat untuk everyday makeup yang serba ringkas.
Jika anda miliki kesan parut ekstrem, maybe this one not for you- ia tidak dapat menutup parut sepenuhnya, melainkan anda apply concealer untuk litupan penuh. Mempunyai aroma yang wangi, kesan glowing di mana anda tidak perlu memakai highlighter dan lembap berpanjangan. Rasa bagaikan artis. Memang best sangat pakai!
Produk menakjubkan ini menawarkan 14 warna kulit universal dan kini boleh didapati di Sephora pada harga runcit RM145.