Noor Neelofa atau lebih dikenali sebagai Neelofa cukup disayangi oleh peminat dan pengikut setia yang senantiasa menyokong walau pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan. Dia sangat cekal berdepan dengan setiap kritikan – yang baik diambil, dan yang negatif dibuang jauh.
Kadangkala terlintas di fikiran penulis, apa istimewa gadis 30 tahun ini sehingga ramai kaum hawa menjadikan dia ikon. Adakah kerana fesyen mewah? Otak yang bijak dalam menguruskan perniagaan? Layanan penuh mesra dan kasih sayang untuk peminat? Atau mungkin keperibadian wanita ini yang menarik boleh kita jadikan teladan.
https://www.instagram.com/p/B3J0o-Un0_y/
Kalau bicara bab keperibadian, Neelofa selalu mengejutkan netizen dengan tabiat harian yang tidak disangka. Dan ternyata tabiat harian ini patut kita semua umat Islam ambil sebagai satu pengajaran dan amalan. Melalui Instagram Neelofa, dan beberapa akaun peminat banyak benda yang penulis tertarik sangat dengan wanita ini.
“Iman saya pun ada naik turun, sama dengan orang lain tetapi bila saya rasa jauh dengan Allah SWT saya akan mendekatkan diri dengan agama dan berzikir”.
Tabiatnya cukup membuatkan hati penulis senang dan senyum terukir di bibir. Amalan berzikir di mana sahaja membuatkan mata penulis tiba-tiba bertakung. Terus di bibir terucap kata-kata “no wonder dia kaya betul”, no wonder dia murah rezeki.”
Ambil teladan tabiat harian yang diamalkan Neelofa…
Zikir Walau Di Mana Sahaja
Rasanya video atau gambar Neelofa bertasbih atau berzikir banyak kali menjadi berita. Sambil berborak dengan saudara mara atau kenalan, tangan wanita ini setia dengan tasbihnya.
https://www.instagram.com/p/B1yfV8RFeUA/
Atau mungkin sambil sakan mekap, ke udara ayat al-quran mengiringi hari-hari Neelofa. Kita yang mendengar turut terasa sejuk di hati.
https://www.instagram.com/p/B1lLzaUlSXm/
Ingat, zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan.
Playlist Subuh
Dalam satu segmen program Meletop, ada peminat bertanyakan soalan “Apa yang Neelofa lakukan sejurus sahaja bangun dari tidur?”. Menurut Neelofa, dia mempunyai satu “playlist subuh” – di mana koleksi surah al-quran, doa-doa harian dan zikir yang di-on setiap kali bangun tidur. Katanya ini untuk melapangkan dada, ketenangan dan dilimpahi rezeki yang berganda.
https://www.instagram.com/p/B570X6Yn6JL/
Mungkin anda juga boleh lakukan perkara yang sama, buat satu playlist ayat-ayat lazim al-quran, daripada asyik mendengar muzik yang melalaikan. Insyaallah tenang hidup anda.
Doa Rezeki Yang Neelofa Amal
Anda mesti ketahui akan doa rezeki yang pernah Neelofa kongsikan. Walau ada segelintir yang mempertikaikan, tapi rasanya tidak salah jika kita ambil contoh. Mungkin kita ada doa kita tersendiri dan boleh tambah sedikit sebanyak dari ayat-ayat Neelofa. Orang kata yang baik dicontohi, dan yang buruk kita jauhi. Kenapa ada setengah Melayu suka sangat cari negatif?
https://twitter.com/maiadnan/status/1152648488313733122?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1152648488313733122&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-hiburan%2Fvideo-neelofa-baca-doa-antara-tweet-paling-banyak-dapat-kicauan-sepanjang-2019-225235
Berikut merupakan doa yang selalu diamalkan,
“Ya Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Perancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.
Rezeki yang membawa kebaikan, rezeki membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran, rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah.
Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru, kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.
Ingat, yang baik kita ambil dan yang buruk kita buang. Semoga huraian di atas dapat dijadikan teladan untuk kita semua dalam menempuhi kehidupan penuh keberkatan dunia dan akhirat.
Selamat Beramal!