Setiap kali jenama mewah membentangkan koleksi baharu, ada sahaja yang tanpa disangka mencipta kontroversi malah bualan di media sosial. Seperti satu jenama ini…
Jenama mewah Bottega Veneta mengeluarkan koleksi pra musim luruh untuk tahun 2020, dan dalam banyak-banyak satu reka bentuk mencuri perhatian netizen.
Sandal wanita yang direka inspirasi mi segera mentah tular di media sosial. Koleksi Pre-Fall 2020, yang dilengkapi dengan aksesori dan kasut, direka oleh pemenang Anugerah Fesyen Birish, Inggeris, Daniel Lee.
Sandal mi segera khususnya paling menjadi tumpuan sehinggakan akaun Instagram @diet_prada berkongsi perbandingan kasut dengan mi segera.
Ini antara respon netizen;
“Rekaan yang unik.”
“Boleh dijadikan hadiah krismas.”
“Kasut impian.”
“Nooooo…”
Koleksi Bottega Veneta ini belum lagi mengumumkan harga sandal atau bila tersedia untuk dibeli.