Selepas berita perpisahan antara Song Hye Kyo dan Song Joong Ki pada awal bulan Jun tahun ini, kedua-dua pelakon Korea Selatan ini mula membawa haluan masing-masing dan menyibukan diri dengan pelbagai projek.
Meskipun telah enam bulan lebih pasangan ini hidup berasing, namun masih ramai peminat yang mendoakan supaya pasangan ini kembali bersatu semula.
Dan baru-baru ini penampilan Song Hye Kyo mencuri perhatian peminat dan media di mana pelakon jelita tersebut memakai sebentuk cincin di jarinya semasa menghadiri sebuah majlis. Ramai yang membuat spekulasi bahawa Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mungkin telah berbaik semula.
Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa cincin yang dipakai oleh Song Hye Kyo hanya cincin tajaan sahaja kerana melihat cincin tersebut disarungkan pada jari tengah pelakon tersebut.
Meski banyak spekulasi berkisar cincin yang dipakai oleh aktres jelita ini, ramai yang berharap bahawa pemakaian cincin tersebut adalah petanda pasangan Song-Song ini telah berbaik semula. Sama ada spekulasi yang berputar dikalangan peminat betul atau tidak, sama-samalah kita semua mendoakan yang baik-baik untuk kedua-dua pelakon berbakat ini.