NIKE tampil lagi dengan siri kasut terbarunya iaitu Nike Siri Zoom yang menampilkan kasut sukan wanita dan lelaki dengan rekaan unik dan dinamik serta penggunaan warna-warna neon yang sangat cantik bak bintang menjadi fokus utama.
Kasut sukan terbaru ini juga mampu memberi kepantasan seperti angin buat si pemakai, ianya sebuah kasut yang penuh dengan kelebihan dan fitur yang tersendiri.
Berkilau Bak Bintang & Berlari Sepantas Angin
Pastinya peminat kasut jenama NIKE cukup arif dengan keluaran kasut-kasut yang di keluarkan oleh, setiap satu dari keluaran kasut yang dihasilkan menepati citarasa dan keperluan si pemakai.
Kali ini Nike hasilkan kasut sukan siri Zoom dengan kebolehan memberi kepantasan berlari sepantas angin sempena musim maraton yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bukan itu saja, kasut Nike Siri Zoom ini juga menampilkan kasut dengan warna-warna neon seperti warna neon hijau dan warna neon merah jambu yang cukup cantik dan memukau pandangan mata sesuai untuk wanita dan lelaki.
Kasut Siri Zoom dari Nike ini menampilkan empat jenis variasi rekaan kasut yang sangat cantik dengan kelebihan fitur masing-masing, antaranya adalah Nike Air Zoom Pegasus 36, Nike Zoom Pegasus Turbo 2, Nike Zoom Fly 3 dan Nike ZoomX Vaporfly NEXT%.
Nike Air Zoom Pegasus 36
Kasut Nike Air Zoom Pegasus 36 ini menampilkan rekaan idea yang segar dengan gabungan fitur jurutera yang dapat meningkatkan kebolehan ‘bernafas’ pada kawasan yang tinggi penyerapan haba seperti tapak kaki dan bahagian lengkungan.
Menariknya kasut ini juga memiliki kabel Flywire pada pertengahan kaki, yang akan memberi sokongan dan keselamatan apabila berlari. Tambahan lagi, kasut ini juga menggunakan kusyen foam yang lembut, anjal dan sesuai untuk kegunaan harian.
Nike Zoom Pegasus Turbo 2
Kasut Nike Zoom Pegasus Turbo 2 ini pula menampilkan rekaan kasut yang futuristik dan dinamik seperti kasut Nike Zoom Vaporfly 4% sebelum ini. Apa yang menarik adalah kasut ini di reka lebih ringan seperti kapas, memiliki permukaan kasut yang licin dan lembut.
Malah, material yang digunakan bagi menghasilkan kasut super ringan dan laju ini menggunakan teknik gabungan yang kompleks. Pada pertengahan kasut ini, ia mempunyai kunci pada tapak kasut yang mana ia akan mengunci kaki dengan selamat dan meningkatkan kelajuan semasa larian.
Nike Zoom Fly 3
Kasut Nike Zoom Fly 3 ini menampilkan lengkungan yang tinggi dan lembut pada sockliner, ia merupakan fitur terkini bagi siri ini dengan sistem lengkungan yang boleh laras mengikut keselesaan si pemakai.
Selain itu, kasut ini juga menggunakan kusyen yang anjal dan empuk daripada karbon dan fiber untuk memberikan rasa daya kuasa yang jitu kepada si pemakai. Ini adalah antara salah satu kasut yang terpantas pernah diuji di makmal Nike!
Nike ZoomX Vaporfly NEXT%
Sebelum ini, kasut Nike ZoomX generasi pertama menjadi pilihan ramai atlet sukan dan kini Nike menampilkan kasut rekaan generasi kedua pula iaitu Nike ZoomX Vaporfly NEXT% yang lebih hebat dan menarik.
Kasut ini masih lagi mengekalkan fitur Nike ZoomX yang mana berat kasut yang sama seperti versi yang pertama dengan sedikit penambahan 8mm panjang untuk memberikan pengalaman kestabilan yang kukuh.
Lengkungan yang lembut dan selesa bersama cengkaman tapak yang kuat serta pergerakan yang lancar dan laju seperti angin menjadikan ia pilihan kasut kegemaran atlet sukan!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kasut Nike Siri Zoom pada tahun ini segera, konfem tak rugi miliki kasut terbaru dari Nike ini.