• Latest

10 Kesalahan Mengemas Bagasi Yang Mungkin Merosakkan Percutian Anda

July 3, 2019
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

March 4, 2021
Foto - Instagram

Miliki Body Seksi Model Emily Ratajkowski Dengan Cara Ini

March 4, 2021
Saturday, March 6, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

10 Kesalahan Mengemas Bagasi Yang Mungkin Merosakkan Percutian Anda

by Wanista Newsdesk
July 3, 2019
30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Cara mengemas yang salah bisa menjadi punca kepada permasalahan seperti pakaian dalam harian anda tertinggal, mahupun kasut yang anda hendak pakai lupa untuk dibawa bersama. Ini kemudiannya secara tidak langsung akan melahirkan kecelaruan tatkala anda sedang heboh menikmati percutian. 

Berdasarkan nasihat yang dikongsi oleh pakar susun atur profesional, ini dia Wanista hidangkan kepada anda 10 tips bagaimana untuk memperbaiki kesalahan anda dengan mengemas bagasi secara bijak dan teratur!

Kesalahan #1

Teenage boy struggling to close suitcase
Foto -monkeybusinessimages/iStock

Kesalahan yang paling besar adalah untuk membawa terlalu banyak pakaian. Ramai diantara kita yang selalu tidak pasti baju apakah yang hendak dipakai ketika sampai di destinasi nanti. Bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”, tetapi padahnya, jika anda membawa terlalu banyak pakaian, bagasi anda tidak akan muat. 

Oleh itu, letak semua pakaian pilihan anda di atas katil, lantas, cubalah untuk menyuai padan pakaian anda. Mungkin 1 jenis seluar itu bisa dipadankan untuk dipakai bersama 2 hingga 3 baju yang berlainan. Untuk lebih memudahkan, anda boleh memilih seluar yang berwarna monokrom seperti hitam dan putih kerana ia mudah dipadankan dengan apa jua warna baju.

Jangan risau, jika anda pergi untuk menikmati percutian yang lama sekalipun, orang tidak akan perasan yang anda memakai pakaian yang sama dua kali. Untuk menampakkan perbezaan, tambahkan penyeri gaya seperti aksesori topi, anting-anting, rantai panjang, kaca mata gelap atau selendang.

Kesalahan #2

2
Foto -izf/iStock

Jangan tak mengaku, ramai diantara anda yang suka menunggu di saat akhir untuk mengemas bagasi. Di samping anda akan menjadi kelam-kabut, anda juga bisa hilang arah dan akhirnya membuat keputusan untuk mencapai apa sahaja yang ada di hadapan mata anda untuk disumbat ke dalam bagasi.

Untuk mengelakkan kecelaruan yang akhirnya menyiksa diri, mula untuk mengemas bagasi pakaian anda beberapa hari sebelum bertolak. Cuba untuk membuat senarai aktiviti yang bakal anda lakukan sepanjang percutian nanti supaya senang untuk membuat andaian, pakaian dan keperluan apa yang harus anda bawa bersama. Dengan ini, anda akan dapat menjimatkan ruang bagasi.

Kesalahan #3

03-packing-mistakes-weather
Foto -Hans Laubel/iStock

Gunakan aplikasi pengesan cuaca yang ada pada telefon pintar dengan sebaiknya. Kaji cuaca di destinasi percutian anda supaya tidak tersalah membawa pakaian. 

Jika cuaca di sana panas terik, tak perlulah anda mengada-ngada hendak bawa boots, sarung kaki, baju sejuk atau jaket yang memenuhkan bagasi.

Tetapi haruslah berjaga-jaga, cuaca bisa berubah. Jadi, untuk cara yang selamat, bawa jenis pakaian yang anda boleh lapiskan bersama sebagai contoh, kardigan dan jaket denim yang ringan itu boleh menjadi penganti kepada baju sejuk anda yang tebal. Itu sudah memadai untuk melindung diri dari angin sejuk ketika musim hujan di negara orang.

Kesalahan #4

4
Foto -izf/iStock

Menggulung pakaian adalah lebih baik daripada melipat kerana ia benar-benar berfungsi menjimatkan ruang bagasi.

Letakkan gulungan pakaian yang berat seperti jeans dan baju sejuk tebal di bahagian paling bawah dalam bagasi (berdekatan dengan roda). Kemudian, pakaian yang ringan seperti baju-T dan pakaian tidur di bahagian paling atas supaya bagasi anda stabil.

Kesalahan #5

5
Foto -Borut Trdina/iStock

Gunakan kasut sebagai ruang simpanan! Jika anda seorang yang versatile dan tidak bisa lekang daripada memakai aksesori. Anda boleh atur dan simpan aksesori, sarung kaki dan pakaian dalam di dalam kasut sebelum memasukkan kasut berkenaan ke dalam bagasi.

Tetapi, pastikan anda letak aksesori itu di dalam plastik kecil dahulu sebelum memuatkannya di dalam kasut agar tidak rosak.

IKLAN

Kesalahan #6

6
Foto -Leonardo Patrizi/iStock

Siapa yang tidak suka membeli ole-ole ketika melancong? Jika tidak banyak pun, paling-paling kita akan membawa pulang tanda mata sebagai kenangan dan untuk diagihkan kepada saudara-mara serta kenalan rapat.

Untuk tidak memenuhkan bagasi anda dengan “hasil tangkapan” berkenaan, jangan lupa untuk bawa duffle bag (beg balik kampung) yang mudah dilipat. 

Jadi, misal kata jika anda membeli-belah terlalu banyak, anda tidak perlulah membeli beg yang baru semata-mata bagi memuatkan barangan yang baru dibeli itu.

Kesalahan #7

Enjoying shopping
Foto -mediaphotos/iStock

Jangan anda membazir untuk membeli pakaian baru ketika melancong. Pakaian baru yang tidak biasa dipakai itu mungkin tidak akan cocok dengan badan anda. Oleh itu, pakai sahaja apa yang anda bawa kerana ia lebih ideal.

Bawa pakaian yang tidak mudah berkedut seperti fabrik denim dan kait. Elak membawa pakaian yang berasaskan material lembut dan licin seperti linen atau sutera kerana terlalu mudah untuk berkedut.

Kesalahan #8

8
Foto -Leonardo Patrizi/iStock

Ramai di antara kita yang selalu tamak dalam penggunaan bagasi. Jika anda melancong bersama pasangan, tidak salah rasanya untuk anda berkongsi bagasi.

Maksudnya di sini, bahagikan baju anda bersama dengan pasangan. Simpan separuh daripada pakaian anda ke dalam bagasi pasangan anda, dan separuh daripada pakaian pasangan anda pula disimpan dalam bagasi anda.

Contohnya, jika salah satu daripada bagasi anda itu ditakdirkan untuk hilang, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai baki pakaian dalam bagasi yang lagi satu. Bernas!

Kesalahan #9

9
Foto -Izabela Habur/iStock

Sudah kita semua sedia maklum, lazimnya keperluan cecair seperti syampu, minyak rambut mahupun cecair kumur mudah untuk tumpah di dalam bagasi.

Oleh itu, bungkus dan aturkan keperluan cecair anda itu di dalam beg kalis air berzip, agar baju anda tidak akan terkena sebarang lelehan tanpa diduga.

Kesalahan #10

Packing Suitcase And Getting Ready For Traveling
Foto -Dangubic/iStock

Senarai mengemas akan bantu untuk mengingatkan anda supaya semua keperluan cukup dan sempurna. Tetapi, janganlah anda terus buang senarai berkenaan sebaik anda selesai mengemas. Sebaliknya, anda simpan ia di dalam beg tangan atau beg sandang anda yang akan dibawa bersama ketika melancong sebagai rujukan.

Sebelum bertolak, anda boleh menyemak kembali senarai berkenaan untuk memastikan bahawa tiada apa yang tertinggal.

Tips Bonus!

12-packing-mistakes-food
Foto -4kodiak/iStock

Agak sukar untuk anda tetap mengamalkan cara pemakanan sihat yang lazimnya anda amalkan tatkala pergi melancong. Oleh itu, bawa bersama makanan snek seperti bar granola yang bersaiz poket kerana ia mengandungi kekacang bernutrisi, supaya anda boleh tetap nikmati snek sihat di mana jua.

Sekurang-kurangnya, ia boleh juga menjadi alas perut buat anda sebelum menemui makanan berat yang sempurna.

Selamat melancong semuanya!

SUMBER

Tags: kembaraKesalahan Mengemas Bagasi Yang Mungkin Merosakkan Percutian AndaPanduan Mengemas Bagasi Dengan BetulPersediaan Melancongpilihan
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

10 Kesalahan Mengemas Bagasi Yang Mungkin Merosakkan Percutian Anda

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.