Tahukah minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit anda dan nampak muda.
National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine mengesyorkan pengambilan harian kira-kira 11 1/2 cawan air untuk wanita dan 15 1/2 cawan air untuk lelaki. Tetapi bagaimana pula untuk yang tak suka minum air, rasanya ada alternatif lain bagi memastikan mereka ini minum dalam jumlah yang secukupnya.
Alternatif lain dimaksudkan adalah dengan mengamalkan 10 makanan ini yang dipercayai paling menghidratkan untuk membantu meningkatkan tenaga, tumpuan dan kesihatan secara keseluruhan.
Strawberi
Strawberi mengandungi kira-kira 91% air dan merupakan salah satu buah yang paling menyegarkan. Ia adalah elemen penting untuk sarapan, salad dan rejim snek yang sihat.
Timun
Langsung tidak mengejutkan bahawa timun mempunyai kedudukan yang tinggi di antara makanan yang menghidratkan. Isinya sahaja mempunyai 95% air, bahkan sumber vitamin K yang sangat baik.
Saderi
Diperbuat daripada 95% air, saderi mungkin secara teknikalnya tidak mempunyai kalori negatif, tetapi alternatif yang menyegarkan dan sangat menghidrat.
Cili Benggala
Kaya dengan antioksidan dan vitamin C, cili benggala mengandungi kira-kira 92% air.
Melon
Walaupun sering diabaikan antara makanan yang menghidrat, melon sendiri mengandungi kira-kira 90% air. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan sebilangan B.
Limau Gedang
Limau gedang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang berpotensi. Berbekalkan 90% kandungan air, kebaikan limau gedang setanding dengan melon.
Bayam
Bayam mengandungi kira-kira 91& air, menjadikannya salah satu daripada sayur-sayuran berdaun terbaik untuk menambah pengambilan air anda.
Tomato
Makanan menghidrat ini mengandungi 94% air serta jumlah biotin, vitamin C, dan vitamin K yang mengagumkan.
Lobak
Sayur yang rangup tetapi pahit ini mempunyai banyak nutrien dan mengandungi 95% air.
Tembikai
Buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Mempunyai kira-kira 91% kandungan air, buah ini mengandungi dos yang sihat vitamin A, vitamin B6 dan antioksidan.
Walaupun anda dah consume buah dan sayuran ini, tapi anda kena juga minum air.
Semoga info ini memberi manfaat dalam kehidupan harian!