Apa yang membuatkan seseorang itu bertambah ‘hot’ mahupun menarik? Adakah kerana keyakinan yang dimiliki? Gaya berjalan? Personaliti ceria? Sorry, bukan itu semua. Dan kajian sains menunjukkan sebaliknya.
Dalam diam, apa yang anda pakai atau guna seperti aksesori, produk kecantikan malah warna boleh membuatkan anda bertambah hot menurut kajian pakar.
Kaca mata hitam
Menurut sebuah kajian oleh Vanessa Brown, pensyarah kanan seni dan reka bentuk di Nottingham Trent University, mendapati bahawa memakai kaca mata akan membuatkan anda serta-merta nampak lebih menarik kepada individu yang berlainan jantina.
- Foto – Stocks
Selain daripada fakta bahawa ia menambah sedikit elemen misteri dan juga menambah daya tarikan seksual anda, cermin mata hitam membuat penampilan wajah anda menjadi lebih simetri.
Menurut kajian sebelum ini, individu yang memiliki bentuk wajah simetri kelihatan lebih menarik pada pandangan mata orang lain.
Minyak wangi
Penyelidikan daripada Monell Chemical Sense Center mendapati bahawa wajah wanita dinilai menjadi lebih menarik apabila mereka ‘dihakimi’ dengan kehadiran bau yang menyenangkan.
Namun, tak perlulah anda membawa botol minyak anda sepanjang masa, cukup dengan jadikan semburan minyak wangi sebagai rutin pagi anda.
- Foto – Into The Gloss
Walau bagaimanapun, penyelidik mengatakan memakai minyak wangi tidak akan membuatkan seseorang kelihatan lebih muda mahupun cantik.
Bibir merah
Satu kajian dari Universiti Manchester mendapati bibir wanita adalah bahagian badan wanita yang paling menarik, terutamanya apabila wanita tersebut memakai gincu merah.
- Foto – Pinterest
Kajian menyatakan dalam masa 10 saat seorang lelaki akan perasan bahagian bibir seorang wanita dahulu, dan menghabiskan lebih daripada separuh masa mereka melihat ke bahagian tersebut malah jika wanita tersebut memakai gincu, seorang lelaki akan sukar melepaskan pandangan mereka daripada bahagian tersebut.
Gigi putih
Kajian Universiti Leeds dan Central Lancashire mendapati sepasang gigi yang putih dan tersusun cantik tidak hanya membuat anda lebih menarik, malah akan membuka peluang untuk mencari pasangan seumur hidup anda.
- Foto – Tech Daily
Mereka juga mendapati bahawa lelaki dan wanita mengambil berat tentang kualiti gigi putih dengan alasan yang berbeza – lelaki berfikir tentang tarikan manakala wanita pula lebih bersaing antara satu sama lain.
Warna merah
Kajian yang dikeluarkan oleh University of Rochester, lelaki diakui lebih berminat dengan wanita yang memakai warna merah berbanding warna lain. Ini adalah kerana merah adalah simbol seksual, kuasa dan status.
- Foto – Arkib Wanista
Jadi bolehlah anda memperbanyakkan koleksi pakaian berwarna merah anda selepas ini.