Semua orang suka makan. Mungkin anda fikir selebriti cantik dan kacak ini hanya mengamalkan pemakanan yang sihat sahaja, makan sayur-sayuran setiap hari, langsung tidak ambil makanan bergoreng, tenusu dan makanan yang boleh menaikkan berat badan. Nope, anda silap sama sekali kerana mereka juga sama seperti kita.
Oleh itu, Wanista senaraikan beberapa selebriti yang paling gemar makan dan mereka sendiri mengaku mereka kuat makan, lebih-lebih lagi bila tidak mempunyai sebarang schedule.
Siapa mereka yang dimaksudkan?
Lea Michele
- Foto – Page Six
“Saya sukakan makanan Itali dalam kuantiti yang banyak dan besar, saya tidak kisah kerana makanan gembirakan saya.”
Nicole Richie
- Foto – The Net Worth Portal
“Saya makan setiap masa kerana saya sering lapar. Saya makan sekurang-kurangnya setiap jam.”
Keira Knightley
- Foto – Fox News
“Masakan emak saya sangat sedap dan saya boleh tambah berkali-kali. Saya sangat sukakan pasta dan apabila masak Bolognese, saya akan letak keju Parmesan dengan banyak sekali.”
Gwyneth Paltrow
- Foto – KIVI
“Saya suka makan tetapi tidak sukakan diet. Jadi saya harus banyak bersenam.”
Kim Kardashian
- Foto – Footwear News
“Saya sukakan ayam goreng, kek coklat brownies. Anda lihat saya dalam Keeping Up With The Kardashians, itu diri saya, sentiasa makan.”
BTS Jungkook
- Foto – lifestyle Sindonews
Selain suka tidur, Jungkook juga mempunyai tabiat suka mengunyah.
“Saya tidak cerewet tentang makanan, saya boleh makan apa sahaja asalkan ia mengenyangkan.”
Fazura
- Foto – The Star
Kalau anda mengikuti perkembangan Fazura di Instagram, pasti anda dapat mengagak aktres cantik ini memang gemar makan.
“Mengidam itu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan.”
Park Bom
- Foto – hellokpop
Menurut CL, Park Bom sangat kuat makan sehinggakan boleh makan di atas katil sehingga tertidur.
BTS Jin
- Foto – Kpopmap
Jin ada menyatakan bahawa dia works out selepas mangambil makanan yang banyak, untuk membakar kalori.
Yoona
- Foto – Wow Keren
Yoona belajar memasak kerana dia suka makan dan makanan membuatkan dia happy.
Seronok tengok orang yang suka makan ni, happy je….