Depression atau kemurungan.
Ia adalah topik yang ramai elak untuk dibincangkan. Apakan tidak, kita tidak akan bercerita tentang masalah yang dihadapi, atau kita tidak mahu orang luar menganggap kita seperti menagih simpati dan lemah. Walau bagaimanpun, stigma yang datang dari kemurungan dan penyakit mental lain adalah satu perkara yang mesti kita tolak.
Baca: Ini Tanda Anda Sedang Menderita Kemurungan Menurut Pakar
JK Rowling terkenal dengan siri Harry Potter, siapa sangka beliau ada sisi gelap yang ramai mungkin tidak tahu. Di usia 20-an, Rowling menulis buku pertama dalam siri itu ketika membesarkan anak perempuannya yang baru lahir dan berdepan dengan konflik pernceraian. Pada masa yang sama, beliau juga menghadapi masalah kemurungan sehingga terfikir ingin membunuh diri. Rowling sukar untuk menyesuaikan diri dengan populariti dan perhatian dari seluruh dunia. Kini, dengan bantuan doktor dan kaunseling, Rowling kembali pulih dan menulis merupakan terapinya.
Tidak malu daripada bercakap tentang hal ini, JK Rowling berkongsi bagaimana dia menghadapinya.
Bagaimana anda boleh “membunuh” penyakit kemurungan?
Lupakan stigma yang datang
Sila bercakap mengenainya. Biarkan orang lain tahu anda sedang bergelut. Tidak perlu berasa malu untuk melawan kemurungan. Ini bukan topik biasa, pemyembuhan datang apabila kita membuka topik yang sukar dan kita dapat membantu orang lain juga.
Dapatkan bantuan profesional
Sekiranya anda perlukan antidepresan, bincang dengan ahli terapi. Kita tidak mahu anda berjuang seorang diri tanpa sebarang pertolongan. Ingat bahawa mencari bantuan bukan tanda kelemahan. Dapatkan bantuan yang anda perlukan untuk mempelajari kemahiran baru bagi melawan semula kemurungan.
Cari terapi
Bagi JK Rowling, penulisan adalah saluran kreatifnya untuk membantu menangani masalah kemurungan. Bagi yang lain mungkin muzik, tarian, sukan atau pelbagai lagi aktiviti terbaik boleh dijadikan terapi. Lakukan sesuatu yang membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan jiwa anda.
“And I’d say, the world is full of wonderful things you haven’t seen yet. Don’t ever give up on the chance of seeing them.” – JK Rowling
Apa sahaja jalan anda untuk mengatasi kemurungan, jangan berputus asa. Terus berjuang!