Buah-buahan sememangnya sudah manis, tapi bukan semua mengandungi kandungan gula yang sama. Ada yang terlampau manis, tawar serta pelbagai lagi.
Mengetahui buah yang mana manis atau kurang sangat penting, lebih-lebih lagi untuk individu yang diagnosis diabetes atau yang mengamalkan rutin diet tertentu. Bukan itu sahaja, ia juga untuk menentukan buah yang mana sesuai dijadikan snek dan manisan dimasak.
Terasa ragu-ragu serta musykil, ini kandungan gula setiap buah-buahan secara purata menurut ahli kesihatan.
Fig
Buah fig bersaiz sederhana besar mengandungi kira-kira lapan gram gula.
- Foto – Southern Living
Laici
Satu cawan laici segar mengandungi hampir 29 gram gula.
- Foto – www.britannica.com
Mangga
Makan keseluruhan mangga bermakna makan kira-kira 45 gram gula.
- Foto – Wongcoco
Anggur
Satu cawan anggur Thompson tanpa biji mengandungi lebih daripada 23 gram gula.
- Foto – Festival Foods
Pir
Satu pir sederhana, yang biasa anda makan pada satu masa, mempunyai kira-kira 17 gram gula di dalamnya.
- Foto – Specialty Produce
Nenas
Secawan nenas mengandungi hanya lebih daripada 16 gram gula.
- Foto – Muscle & Fitness
Pisang
Pisang tidak semanis buah-buahan lain, tetapi satu pisang sederhana mengandungi kira-kira 14.4 gram gula.
- Foto – AMT Global
Oren
Oren bersaiz kecil mengandungi sekitar 12 gram gula.
- Foto – AMT Global
Aneka Beri
Raspberi mengandungi kira-kira lima gram gula, manakala kiwi kira-kira enam, dan strawberi dan beri hitam mengandungi kira-kira tujuh gram gula.
- Foto – Grow Beautifully – Monrovia
Epal
Sebiji epal mengandungi kira-kira 11 gram gula, tetapi jika anda makan dengan kulit, anda boleh mendapat manfaat serat.
- Foto – Pinterest
No wonder ramai memilih pisang sebagai snek harian malah rutin diet.