Apa agaknya perbezaan Valentine dan White Day? Kita biasa mendengar tentang Valentine tapi kurang memahami akan festival White Day. Tahukah kamu bukan semua negara menyambut White Day, hanya segelintir sahaja yang teruja.
Valentine dianggap sebagai hari cinta menjadikan semua wanita dari serata dunia ternanti-nanti akan hari tersebut. Untuk pengetahuan anda, Valentine sangat popular di Jepun. Kedai-kedai akan mula menjual coklat seawalnya, ada yang yang sebulan sebelum Hari Valentine.
Valentine vs White Day
Tidak seperti di negara lain yang selalunya wanita menunggu diberi coklat, bunga atau candle light dinner dari pasangan, tetapi lain pula berlaku di Jepun.
Di Jepun, kebiasaan pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepaada ada kaum lelaki sebagai satu ungkapan cinta dan sayang.
- Foto -Tokyopop
Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh si penerima kerana ia tanda bahawa si lelaki itu menerima “satu-satunya” wanitanya.
Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila si lelaki yang menerima coklat ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian si wanita.
Kerana tradisi itu, muncullah perayaan yang disebut sebagai White Day di Jepun yang bertujuan sebagai hari pembalasan dari Valentine. White Day diraikan tepat sebulan dari Valentine, pada tanggal 14 Mac.
Asal Usul White Day
White Day adalah fenomena baru yang dibuat oleh industri pastri di Jepun. White Day pertama kali diraikan pada tahun 1978.
- Foto – Pinterest
Pada tahun 1977, sebuah syarikat perindustrian kek dan pastri berpangkalan di Fukuoka, Ishimura Manseido memasarkan marshmallow kepada lelaki pada 14 Mac, lalu dipanggil “Hari Marshmallow”. Walau bagaimanapun, Hari Marshmallow tidak berjaya mendapat sambutan.
Lantas National Confectionery Industy Association membangunkan White Day sebagai “hari jawapan” atau “hari pembalasan” untuk perayaan Valentine, yang merupakan saat bagi si lelaki untuk membalas kebaikan wanita yang telah memberi mereka coklat atau hadiah lain ketika Valentine.
Kenapa Warna Putih
Agaknya kenapa putih? Warna putih dianggap sebagai warna yang murni, tulus, dan sunyi seperti cinta, ada juga menerangkan putih kerana warna gula. Nama White Day adalah Ai ni Kotaeru White Day (Answer Love on White Day).
Namun, hadiah yang diberikan untuk White Day tidak hanya berupa coklat, tetapi juga bisa berbentuk bunga, perhiasan, pakaian mahu pun lingerie berwarna putih! As long as white color!
Ada Syarat
- Foto – Spin Japan
Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika White Day ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.
Terdapat istilah sanbai gaeshi (bermaksud “tiga kali ganda pulangan”) digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.
White Day Di Korea
Bukan Jepun sahaja, tradisi White Day telah dibawa sehingga ke Taiwan dan Korea Selatan. Masih sama di sana lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada wanita ketika Valentine hendaklah membalas hadiah tersebut, selalunya mereka memilih gula-gula dan bukannya coklat.
Tambahan pada hari ke-14 bulan seterusnya disebut Black Day ia diamalkan oleh seseorang yang masih belum berpacaran.
- Foto – H.I.S Travel
Hari ini dikaitkan dengan Valentine dan White Day, berlangsung pada 14 April setiap tahun. Pada hari kejadian, individu yang tidak menerima hadiah pada dua hari sebelumnya akan berkumpul dan makan Jajangmyeon, mi dengan sos hitam. Hari ini istimewa untuk orang bujang.
Valentine, White Day, Black Day, macam-macam hari ada. Tapi ternyata budaya negara sana menarik untuk kita teroka.