Hailey Baldwin merupakan individu yang cukup bertuah.
Pada awalnya dia merupakan belieber dan sekarang bergelar isteri kepada penyanyi pop Justin Bieber. Ya, walaupun masih muda sekitar 20-an tapi dia memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Kita tolak tepi pasal rumah tangganya dengan penyanyi bermasalah itu, yang penulis ingin fokus adalah fesyen Hailey Baldwin banyak menjadi tumpuan. Namanya makin menjadi buah mulut apabila muncul dalam Majalah Vogue, di mana Hailey transformasi sebagai Puteri Diana.
Wanita muda ini tidak keluar rumah dengan fesyen biasa-biasa tapi pasti ada satu atau dua helaian berjenama. Jika kamu merupakan peminat Hailey dan teringin nak melaram sepertinya, ini beberapa item perlu ada.
Hoodies Paling Selesa
Setiap kali keluar rumah, si cantik ini acapkali menyarung hoodies. Sama ada dipakai begitu sahaja atau dipadankan dengan jeans, tights, skirts. Rasanya ini must-have item Hailey Baldwin.

Kekal Trend Dengan Cycling Shorts
Selain Jenner, Kardashian, Hadid, Hailey Baldwin sering dilihat memakai cycling shorts. Memang cukup menarik, lagi pula dipadankan bersama hoodies atau oversized sweater.

Pakaian Luar Yang Besar
Sama ada flannel, cardigan, jaket, blazer – yang penting baju luar Baldwin selalunya bersaiz besar supaya nampak lagi trendy.

Gaya Sukan High-Waisted Tights
Penulis rasa ini kira seluar kegemaran Hailey Baldwin. Tak digayakan ala sporty, disuntik elemen maskulin pula. Memang cool sekali!

Kaca Mata Hitam
Bukan lagi alat bantuan melihat semata-mata, kaca mata kini diangkat sebagai aksesori mesti ada untuk semua golongan baik lelaki mahupun wanita. Dengan kaca mata penampilan yang biasa terus jadi stailo dan luar biasa!

Aksesori Scrunchies Paling Comel
Hailey memang obses dengan scrunchies. Sama ada dandanan untuk majlis formal, karpet merah atau sekadar fesyen jalanan aksesori ini menjadi pilihannya. Gaya rambutnya begitu mudah untuk ditiru!

Maskulin Dengan Blazer
Hakikatnya Hailey boleh memakai mini dress seksi pada siang hari dan malamnya menukar ke pakaian lelaki. Sama ada blazer atau suits, Hailey sukakan gaya maskulin bila peraga di karpet merah atau acara-acara khas.

Sneakers
Bila diteliti, pilihan fesyen Hailey lebih ke arah gaya boyish. Jadi tidak hairan dia miliki koleksi sneakers yang pelbagai reka dan jenama.

Jadi kepada peminat Hailey Baldwin, sekarang anda boleh mula meniru fesyennya. Yang mana item tidak ada di almari, boleh pergi beli.
Selamat Beramal! Untung dari peminat terus jadi isteri..