Wanista mulakan tahun baru dengan cerita panas melibatkan ikon Madonna yang dilaporkan sedang hangat bercinta dengan lelaki 20-an.
Madonna, 61, sekarang sedang bahagia dengan dengan Ahlamalik Williams, 25, yang juga merupakan penari latarnya.
Walaupun kedua-dua mereka tidak mengesahkan percintaan mereka tetapi ayah Ahlamalik, Drue Williams, mendakwa bahawa mereka telah bercinta lebih dari setahun dan bahagia bersama.
“Love has no age. Saya gembira untuknya.” jelasnya pada tabloid TMZ.
https://www.instagram.com/p/B6vM1CzB6fg/
Drue mendedahkan bahawa Madonna dan Ahlamalik – yang berusia dua tahun lebih tua daripada anak sulungnya, Lourdes ‘Lola’ Leon pertama kali bertemu pada 2015 ketika menghadiri uji bakat konsert jelajah Rebel Heart. Dan Madonna sendiri yang memilih Ahlamalik menyertai kumpulan mereka.
https://www.instagram.com/p/B5v7liShnWU/?utm_source=ig_embed
Walaupun perbezaan usia yang agak ketara tapi nampaknya Madonna bahagia bersama Ahlamalik. Kita doakan yang baik-baik ye.
Hebat Madonna!