Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kesihatan

Kutil Hodohkan Kulit, Cuba 4 Cara Berkesan Untuk Hilang

by Malisa Aina
January 8, 2020
31
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anda pernah ada kutil? Kutil atau kulit berlebihan ialah sejenis tumbuhan kecil pada kulit, tetapi tidak memberi ancaman kepada kesihatan.

Cuma dari segi kosmetik, ia membuatkan kulit kelihatan tidak cantik seterusnya menjejaskan keyakinan, lagi pula yang miliki banyak kutil. Kebiasaannya kutil berada pada wajah, banyak di bahagian leher atau di kawasan kulit bergesel antara satu sama lain.

Foto – Tribunnews

Apa sebab munculnya kutil?

Dr Ruban Nathan, Perunding Dermatologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Kuala Lumpur menjelaskan kutil ialah sejenis tumor kulit yang terhasil akibat lapisan luar kulit yang tebal dan berlebihan.

Foto - EMediHealth

Awas! 3 Faktor Ini Penyebab Kutil Tumbuh Di Badan Kamu

April 2, 2021

Atasi Masalah Skin Tags (Lebihan Kulit) Dengan Cuka Epal. Lihat Caranya!

December 14, 2015

Kutil berpunca daripada Human Papilloma Virus (HPV), yang menyerang kulit apabila berlakunya pembentukan kutil terdiri daripada pelbagai saiz, sama ada sekecil pasir hinggalah sebesar biji kacang.

Foto – Medical News Today

Pakar sains mengenal pasti lebih daripada 100 jenis virus unik dan kebanyakan orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu kutil biasa dalam hidup mereka, biasanya pada tangan.

HPV boleh merebak dan berjangkit menerusi perkongsian tuala atau pakaian, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti rumah kelab dan pusat kecergasan atau melalui sentuhan kulit dengan kulit.

Cara hilang kutil

Asid Salicylic

Merupakan kaedah paling berkesan untuk menghilangkan kutil, asid salicylic berfungsi dengan menggelupas lapisan kolit yang dijangkiti sehingga semua kutil hilang. Walaubagaimanapun, produk ini mempunyai kesan sampingan yang merengsakan kulit, jadi runding dengan doktor sebelum mencubanya.

IKLAN

Minyak Tea Tree

Ia miliki sifat antikulat dan antikuman yang boleh mengeringkan kutil kulit sehingga tertanggal sendiri. Anda boleh cuba dengan merendam bola kapas dalam air dan titiskan sedikit minyak tea tree. Bersihkan kawasan kutil kulit dan keringkan sepenuhnya sebelum menyapu lembut bola kapas tadi ke kutil kulit sebanyak tiga kali sehari.

Cuka epal

Cara tradisional ini diakui oleh Dr Doug Willen dari The Health Fixer. Katanya cuka epal membantu untuk menghilangkan kutil. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan, urut perlahan-lahan dan lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat kutil mula hilang.

Baca : Atasi Masalah Skin Tags (Lebihan Kulit) Dengan Cuka Epal. Lihat Caranya!

Jus Lemon

Satu lagi cara mudah dengan jus lemon. Jus lemon mempunyai sifat antiseptik yang kuat dan kandungan asid sitrik mampu mengeringkan kutil kulit dan mengeringkan selnya. Caranya ambil separuh lemon segar dan titiskan jusnya ke atas bola kapas. Sapukan terus pada kutil kulit tiga kali sehari dan teruskan rutin sehingga ia tertanggal.

Empat cara di atas diakui keberkesanannya dalam membuang kutil. Jika ia masih tidak berkesan untuk anda, sila dapatkan rujukan pakar.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: apa itu kutilcara buang kutilcara hilang kutilkulit berlebihankutilkutil buat kulit hodohsebab kutilskin tagstips hilang kutil
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.