Biasalah setiap kali tiba hujung minggu, kita mahu makan luar. Adakalanya sanggup berjalan jauh semata-mata mahu mencari lokasi tempat makan yang sedap dan best.
Bagi sesiapa yang turun ke Seremban, ini Wanista senaraikan beberapa port baru atau mungkin tidak baru tapi masih belum cukup dikenali.
So far 5 yang Wanista pilih selepas melihat respon orang ramai ialah:
Restoran Ikhwan Delights, Seremban 2
Penulis sendiri pernah mencuba Restoran Ikhwan Delights ini, memang sedap dan tak rugi datang dari jauh. Ada makanan tradisional orang Negeri Sembilan, barat, ada sedikit gorengan, semuanya dimasak oleh orang tempatan kita. Lagi satu yang penulis suka, portion besar dan banyak serta harga teramatlah murah. Walaupun dikendalikan oleh orang Melayu tapi bangsa lain seperti Cina dan India juga ramai.
Nak ke sana, Waze sahaja Restoran Ikhwan Delights, Seremban 2.
Hayyan Huda Opah’s Kitchen, Temiang
Ini diberitahu oleh rakan penulis selepas datang makan tengahari di sana. Katanya menyediakan makanan orang Melayu jati – biasalah lauk pauk tempatan, pelbagai ulaman serta makanan laut yang dibakar. Ditambah pula aneka pencuci mulut, segar dari resepi mereka sendiri. Lagi satu, bila dilihat dari luar, restoran ini seperti sebuah rumah dan anda perlu membuka kasut untuk memasukinya.
Hayyan Huda Opah’s Kitchen sangat aktif di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Restoran Selera Nogori, Seremban 2
First impression bila makan di sana ialah tempatnya sangat penuh, dengan bermacam aneka juadah sampaikan tak tahu nak makan apa. Ada dua tingkat, atas untuk pengunjung yang mahu duduk di bawah hawa dingin. Sama seperti Restoran Nelayan, di sini juga popular dengan masakan lemak cili api dan bermacam jenis ikan bakar, memang sedap dan segar.
Nak ke sana, Waze sahaja nama restoran.. tibalah nanti!
99 Kebab, Lavender Heights
Penulis masih belum cuba tapi ramai yang syorkan tempat makan ini kerana sedap dan harga juga berpatutan. 99 Kebab menawarkan pelbagai menu makanan barat, dari daging lembu hinggalah ke kambing, serta pelbagai aneka kebab yang menyelera serta mengenyangkan.
Cuba Waze 99 Kebab, Lavender Heights jika ingin ke sana ye..
Lagi tempat makan mana lagi yang best, kongsi dengan team Wanista.