Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini menjadi mimpi ngeri bagi perantauan dan pelancong yang menjejakkan kaki ke bandar Wuhan di wilayah Hubei, China. Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Kes pertama yang mendapat perhatian adalah, pekerja dan pelanggan yang terlibat di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan di masukkan ke hospital. Pasar borong tersebut bukan sahaja menjual makanan laut tetapi turut menjual haiwan hidup antaranya unta, kambing biri-biri, khinzir dan haiwan ternakan lain.
Pada awalnya, penyakit yang tiba-tiba menyerang manusia ini diklasifikasi sebagai penyakit misteri dan apabila penyiasatan terperinci dilakukan, pihak perubatan China dan WHO (World Health Organization) mengesahkan ianya adalah wabak virus korona yang terbaru yang dikenali sebagai Coronavirus 2019-nCoV.
Sejak pakar dan pihak perubatan mengetahui akan kemunculan wabak ini, langkah berjaga-jaga telah dipertingkatkan. Malah kerajaan China juga telah mengisytiharkan larangan kepada penduduk tempatan dan para pelancong dari mengembara ke lapan buah bandar di wilayah Hubei ini, kerana kes jangkitan semakin meningkat dan serius.
Bandar di wilayah Hubei yang di Kuanrantin
- Wuhan
- Huanggang
- Ezhou
- Chibi
- Xiantao
- Qianjiang
- Zhijiang
- Lichuan
Ketahui Apa Itu Virus Korona 2019-nCoV
Wabak virus korona 2019-nCoV ini juga berkait rapat dengan virus berbahaya Acute Respiratory Syndrome (SARS). Virus SARS ini, pernah menyerang China sekitar hujung tahun 2002 dan awal tahun 2003.
Menurut pakar kesihatan di China, wabak virus korona yang berlaku pada tahun ini, merupakan virus mutasi yang boleh merebak di kalangan manusia menerusi haiwan yang sakit, melalui pernafasan.
Pakar syak Kelawar Dan Ular Antara Punca Manusia Dijangkiti Virus Korona
Sainstis di China telah menjalankan kajian terhadap kes virus korona di Wuhan dan virus korona di tempat lain, siasatan yang dijalankan mendapati terdapat virus kelawar dalam kedua-dua penyiasatan yang dijalankan. Pakar mendakwa, kelawar merupakan antara haiwan pembawa wabak utama virus berbahaya ini.
Selain kelawar, para sainstis juga mendapati bahawa ular kobra china juga antara haiwan pembawa wabak di mana haiwan-haiwan ini di jual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan.
Jangkitan ini merebak menerusi najis kelawar dan kelawar merupakan agen hos pembawa terbaik kerana mereka terbang di merata tempat dan ianya sukar untuk di kawal. Manakala ular kobra China ini pula merupakan antara haiwan yang tinggal berdekatan dengan manusia di China, dan mudah manusia terkena wabak yang dibawa.
Kenali Simptom Jangkitan Virus Korona
Wabak virus korona ini sangat berbahaya kepada manusia dan pakar kesihatan menasihati agar kita semua dapat beri perhatian terhadap sebarang tanda-tanda jangkitan virus korona. Jika dapat dikenalpasti lebih awal, nyawa dapat di selamatkan pada peringkat awal.
Ini antara simptom pesakit yang dijangkiti virus korona
- Demam
- Batuk
- Kesukaran bernafas
- Nafas menjadi pendek/singkat
- Pneumonia
Langkah Pencegahan
Meski tiada ubat yang dapat merawat jangkitan virus ini, pihak perubatan telah menyenaraikan beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh di ambil bagi mengelakkan dari terkena serangan wabak ini.
Antara langkah yang disarankan adalah:
- Elakkan berada di kawasan yang ramai orang
- (Jika boleh) jauhi sebarang sentuhan dengan haiwan
- Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau guna sanitizer tangan, apabila menyentuh sesuatu di tempat awam
- Pakai topeng penutup hidung dan mulut
- Elakkan dari melancong ke bandar-bandar yang di kuanrantin oleh kerajaan China
Malaysia Masih Selamat
Baru-baru ini tular dua kes di Sabah dan Selangor di mana empat individu yang di syaki dijangkiti wabak virus korona 2019-nCoV, telah disahkan negatif. Buat masa sekarang tiada sebarang jangkitan berlaku di seluruh negeri dan pihak kerajaan telah menasihati rakyat agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Kini bukan saja Malaysia perlu memberi perhatian dalam menangani masalah wabak Influenza A yang berlaku pada awal tahun ini, tetapi juga perlu memberi perhatian terhadap wabak virus korona yang mampu membawa maut ini.
Kita semua harus memandang serius terhadap virus yang mula merebak di Malaysia dan negara-negara sekitar, dan jika ada ahli keluarga yang baru pulang dari melancong, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengenalpasti tiada sebarang masalah kesihatan berlaku.