Kamu fikir, kamu pernah jumpa kucing jalanan lagi teruk. Fikir semula, mungkin tak seteruk seperti si Perdita ni!
Baru-baru ini tular mengenai seekor kucing jalanan yang dikenali sebagai Perdita, di label sebagai kucing paling teruk di dunia. Ini gara-gara iklan yang muat naik oleh pusat penyelamat haiwan Mitchell County Animal Rescue di Carolina Utara.
Iklan yang di muatnaik oleh pusat penyelamat haiwan ini, menjelaskan sikap kucing jalanan bernama Perdita ini sebagai kucing yang sangat teruk di dunia. Iklan tersebut berjaya menarik pelbagai perhatian umum di laman Facebook penyelamat haiwan tersebut.
Menurut penjelasan yang dinyatakan oleh Mitchell County Animal Rescue, kucing jalanan yang bernama Perdita ini dikatakan memiliki karakter yang anti sosial dan essentrik!
Dikatakan pandangan mata Perdita “mampu menusuk ke kalbu sehingga kamu tidak lagi berasa ceria lagi”. Bait lirik daripada lagu ‘Cat Scratch Fever’ ini di jadikan metafora, betapa ngerinya pandangan mata si kucing Perdita ni.
Selain itu, hobi si Perdita boleh tahan juga sehingga petugas pusat haiwan tersebut membuat perbandingan karakter si Perdita dengan watak kucing jalanan dalam buku novel yang bertajuk ‘Pet Sematary’ yang di tulis oleh Stephen King.
“Suka membuat lompatan mengejut (antara kemahiran si Perdita), gemar mengintai dalam gelap, berlagak seperti ratu antara kesukaannya dan suka berlakon sakit olok-olok,” para petugas bersetuju, Perdita si kucing yang teruk!
Bukan itu saja, petugas haiwan juga menyatakan bahawa Perdita si kucing jalanan ini juga tidak menyukai beberapa perkara.
Antara perkara yang Perdita tak suka adalah:
- Warna merah jambu
- Anak kucing
- Anjing
- Kanak-kanak
- Anak ayam Dixie
- Filem Disney
- Krismas
- Tak suka dipeluk
Wah-wah, boleh tahan juga perkara yang Perdita tak suka ni ya! Kalah manusia. Iklan yang dimuat naik ini berjaya mendapat 5.2K suka, 3.2K komen dan 5.4K perkongsian di Facebook. Pusat perlindungan haiwan ini telah menyatakan tiada sebarang harga dikenakan bagi individu yang mahu mengambil Perdita sebagai kucing angkat.
Tetapi sehingga kini tiada siapa ‘berani’ mengambil Perdita, meski pusat perlindungan haiwan tersebut menyatakan ianya adalah “FREE ADOPTION”.
Biarpun tiada siapa yang mahu mengambil Perdita sebagai kucing angkat, ramai yang menghulurkan derma untuk Perdita dan berharap pusat perlindungan tersebut dapat menjaga kucing anti sosial ini.
Kini jumlah derma untuk Perdita telah meningkat sebanyak $1,041 atau RM4,231 di Facebook Mitchell County Animal Rescue hari ini (Jumaat). Bagi yang berminat untuk mengambil Perdita sebagai kucing angkat, kamu boleh isi borang [SINI].
Awas, bagi yang tak kuat semangat tak payah acah-acah berani nak ambil Perdita!