Terdapat penyelidikan terbaru yang membahas bahawa virus berbahaya yang menyerang Wuhan dan beberapa negara lain ini, mungkin bukan berpunca dari pasar basah di bandar tersebut.
Menurut laporan yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet, menemui bahawa dalam 41 kes virus di Wuhan, hanya 13 kes yang berkaitan dengan pasar basah makanan laut tersebut.
Bukan itu saja, para penyelidik juga mendapati bahawa hospital pertama yang menerima kes virus ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pasar basah tersebut. Penemuan ini benar-benar memberi kejutan kepada orang ramai.
Penemuan mengejutkan ini membuatkan ramai pihak tertanya-tanya mengenai kesahihan perdebatan dan penemuan yang dilaporkan tersebut. Rata-rata ramai yang mempercayai rakyat Wuhan yang terkena jangkitan virus tersebut menerusi haiwan di pasar basah tersebut.
Tambahan lagi selain daging, haiwan hidup juga dijual di pasar berkenaan dan keadaan kesihatan haiwan-haiwan tersebut tidak begitu baik.
Untuk mengenalpasti akan kesahihan pandangan para penyelidik mengenai punca kemunculan wabak virus berbahaya ini, sampel dari haiwan yang dijual dari pasar basah berkenaan harus diambil dan begitu juga sampel haiwan tempatan di kawasan berkenaan.
Tetapi malangnya, pasar basah berkenaan telah pun dibersihkan dan disinfektan. Maka penyiasatan secara menyeluruh mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mencari jawapan, tentang dari mana asalnya kemunculan wabak virus korona ini.
Sekilas Tentang Virus Korona
Kemunculan wabak virus korona yang dikatakan berpunca dari pasar basah makanan laut di Wuhan ini, mencetuskan keresahan dan ketakutan dalam kalangan rakyat. Wabak yang tiba-tiba muncul semasa masyarakat China sedang sibuk bersiap-sedia bagi menyambut perayaan Tahun Baru cina menjadi resah dengan serangan dari wabak berbahaya ini.
Pasar basah makanan laut di Wuhan yang menjual pelbagai jenis makanan serta hidangan ezotik ini dikatakan merupakan punca, penularan wabak virus korona ini. Pasar basah yang menjual bukan saja daging mentah tetapi juga menjual pelbagai jenis haiwan ezotik lain antaranya:
- Unta
- Ular
- Kelawar
- Koala
- Burung merak
- Khinzir
- Kala jengking
- Tikus buluh
- Musang
- Anak serigala
- Cengkerik emas
- Tupai
- Panda merah
- Landak
- Kura-kura
- Buaya
- Salamander
China Keluarkan Larangan Jual Beli Hidupan Liar
Berikutan kadar kes jangkitan virus korona yang semakin meningkat, kerajaan China mengeluarkan larangan terhadap pasar basah untuk tidak melakukan sebarang aktivit jual beli haiwan liar sehingga tempoh masa diberitahu kelak.
Pasar basah ini telah tutup dari beroperasi bermula 1 Januari lalu dan lebih dari 100 haiwan ezotik telah dijual di pasar ini dan sepanjang pasar ini ditutup, sebarang aktiviti penjualan haiwan liar dilarang sama sekali oleh kerajaan China. Penyiasat serta penyelidikan sedang dilakukan oleh pihak kesihatan bagi mencari punca penularan wabak.
Melihat begitu banyak jenis haiwan yang dijual dalam pasar basah berkenaan, tidak menghairankan jika najis serta cecair yang dikeluarkan oleh haiwan-haiwan berkenaan berkumpul dan menghasilkan satu bakteria lain.
Apa-apa pun di harap pihak pakar kesihatan dan penyelidik berusaha mencari punca penularan wabak berbahaya ini dan berjaya menghasilkan vaksin atau rawatan dalam menangani wabak virus korona ini.