Ahad lalu dunia dikejutkan dengan berita nahas helikopter yang membabitkan legenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Kobe Bryant.
Ketua Sheriff Los Angeles, Alex Villanueva melaporkan kesemua lapan penumpang serta juruterbang maut dalam nahas helikopter yang terhempas di bandar Calabasas.
“Tiada yang terselamat. Terdapat sembilan orang menaiki helikopter. Juruterbang termasuk lapan individu yang lain,” katanya.
Datuk Bandar Los Angeles (LA), Mayor Eric Garcetti mengesahkan anak perempuan Bryant, Gianna “Gigi” Bryant yang berusia 13 tahun, antara yang maut dalam insiden itu. Gigi antara empat anak Bryant hasil perkahwinan dengan isterinya, Vanessa.
Impian Bryant mahu melihat Gigi meneruskan empayar dalam bidang bola keranjang tapi ternyata Tuhan lebih sayangkan Gigi.
Bryant adalah Juara NBA lima kali dan beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun sebelum bersara pada April 2016.
Rest in Peace Kobe Bryant dan Gigi!