Lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik, maka tidak hairan kebanyakan wanita mengambil pelbagai inisiatif dalam melambatkan proses penuaan kulit agar sentiasa tampil muda remaja.
Namun, ramai wanita hanya menumpukan penjagaan kulit wajah sahaja. Sedarkah anda bahawa kulit tangan juga perlu diberi perhatian lebih lagi memandangkan tangan lebih cepat “nampak tua” berbanding muka.
Sayanglah kalau kulit wajah tegang, muda dan berseri tapi tangan pula macam umur seorang nenek tua. Jadi apa kata anda jadi lebih prihatin kepada kulit tangan anda (yang buat aneka macam kerja) selepas ini. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Cuba praktiskan beberapa tips ini.
Melembap
Ini sememangnya asas penjagaan kulit dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Losyen sememangnya produk kecantikkan yang baik untuk pelembapan, namun tangan anda sebenarnya memerlukan lebih lagi pelembapan. Jadi apa kata beralih kepada hand cream. Lebih baik lagi jika anda gunakan hand cream khusus untuk anti penuaan. Jangan lupa sapu pada kuku juga. Kuku juga boleh menyerap lembapan daripada losyen atau krim.
Perlindungan tabir suria
Seperti kulit wajah, kulit tangan juga perlu dilindungi daripada sinaran UVA dan UVB yang menyumbang kepada proses penuaan kulit.
Eksfoliasi
Lakukan seminggu sekali. Tangan yang kuat bekerja akan menjadikan kulit kasar dan tidak bermaya. Amalan ini boleh memperbaharui dan menyerikan kulit.
Pakai sarung tangan
Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti berkebun, mencuci dan sebarang kerja yang memerlukan anda banyak menyentuh air atau bahan kimia. Anda juga boleh memakai sarung tangan ketika memandu untuk perlindungan UV kerana selalunya cahaya matahari akan terus menyambar pada bahagian tangan.
Pilih produk yang lembut kulit
Apabila melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan dan baju, anda mungkin tidak dapat mengelak daripada menyentuh pencuci atau sabun. Bahan kimia dalam bahan pencuci seperti ini boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan pada kuli tangan apatah lagi jika tidak dibilas dengan baik. Memandangkan bahan kimia dalam pencuci antara faktor yang membawa kepada kulit tangan yang tidak sihat, pilihlah bahan pencuci yang lebih lembut pada tangan misalnya pencuci pinggan ZIP yang mengandungi Vitamin E.
Urut
Urut tangan anda menggunakan minyak atau krim dalam gerakan membulat untuk meredakan tekanan pada kulit tangan.
Elak basuh tangan guna air panas
Kami sudah menerbitkan banyak artikel tentang kesan penggunaan air panas pada kelembapan kulit. Jadi sebaiknya jangan terlalu kerap membasuh tangan menggunakan air panas.
Keringkan tangan yang basah
Keringkan tangan dengan tuala selepas basuhan dan lap dengan gerakan memedap bukan menggosok.
Jangan ambil mudah tentang kecantikan dan kebersihan tangan ye. Bayangkan muka dah cantik tapi tangan, sedih – dah la kering, berkedut lagi…