Suka tengok gaya Halsey yang sempoi dan bersahaja. Wanita berbakat ini memiliki pesonanya yang tersendiri. Bukan saja memiliki wajah yang cantik tetapi juga pandai bersolek! Bagi yang kaki solek pasti ingin tahu jenis mekap yang bagaimana bakal menjadi trend untuk tahun 2020 ini bukan?
Ya lah, siapa yang tak mahu kelihatan glam dan vogue bukan. Pastinya dengan mengenakan sentuhan mekap yang sedang hangat dan popular pada masa kini, akan membuatkan wanita lebih berkeyakinan dan tampak lebih berseri dari biasa.
Trend mekap pada tahun 2020 ini adalah mekap eyeshadow warna-warni. Pasti ramai yang berasa gerun dan tidak berani memakai eyeshadow lebih dari dua warna bukan, jangan risau jom kita lihat gaya mekap eyeshadow warna-warni yang digayakan oleh Halsey. Korang pasti terpegun punya!
#1 Mekap Manic Eyeshadow
Tips mekap:
- Konsep mekap eyeshadow Halsey untuk album terbarunya kali ini agak unik dan mempunyai mesej yang tersendiri.
- Kalau nak nampak mekap mata yang kool seperti Halsey ni, caranya mudah je!
- Lepas korang dah sapu foundation pada muka, mulalah kerja-kerja seni dan artistik dilakukan. Untuk gaya mekap eyeshadow seperti ini, Halsey menggunakan Nxy Lip Cream yang warna biru metalik.
- Kemudian sapu lip cream warna biru metalik tersebut di seluruh lingkaran mata, biarkan seketika. Selepas itu sapu glitter warna biru di bahagian dalam kelopak mata dan di bahagian bawah mata. Siap!
- Oh maskara jangan lupa pakai tau.
#2 Mekap ‘Bye Bye Brow’ Eyeshadow
Tips mekap:
- Mekap ‘Bye Bye Brow’ ini merupakan idea makep eyeshadow Halsey sendiri. Penggunaan tiga warna pastel air ini sememangnya memberikan kesan artistik yang unik dan gempak.
- Halsey mengenakan tiga warna pastel air iaitu biru, merah jambu dan oren.
- Untuk mendapatkan gaya mekap sebegini, pada bahagian kening gunakan concealer untuk menutup bulu kening. Kemudian warnakan pada hadapan kening dengan eyeshadow warna merah jambu, manakala di bahagian hujung kening, sapukan eyeshadow warna oren. Kening akan kelihatan seperti warna gradient kombo.
- Bagi bahagian mata lingkaran mata, sapukan eyeshadow warna biru dengan menggunakan teknik dua warna gradient. Iaitu warna biru cair di warnakan pada bahagian lingkaran luar mata dan warna biru pekat pada bahagian dalam lingkaran.
- Dan akhir sekali, sapu eyeshadow warna merah jambu pada bahagian bawah mata. Siap!
#3 Pink Galaxy Glitter
Tips mekap:
- Dalam MV BTS ‘Boy With Luv’, Halsey mengenakan mekap eyeshadow glitter yang sangat cantik dan memukau!
- Untuk dapatkan gaya mekap eyeshadow seperti ini, kamu hanya perlu menggunakan dua benda sahaja iaitu serbu glitter dan eyeshadow warna merah jambu.
- Mula-mula gunakan eyeshadow primer di seluruh kelopak mata bagi menonjolkan warna eyeshadow kamu. Kemudian sapu eyeshadow warna merah jambu di seluruh bahagian kelopak mata dan selepas itu, sapu serbuk glitter pada bahagian mata dengan rata.
#4 Mekap Mismatched Eyeshadow
Tips mekap:
- Jika mahu gaya mekap mata yang unik, nah gaya mekap mismatched eyeshadow yang dilakukan oleh Halsey ini boleh dijadikan rujukan!
- Gunakan empat warna, kalau seperti Halsey dia menggunakan eyeshadow warna oren, kuning, merah dan biru.
- Untuk bahagian mata sebelah kanan – warnakan bahagian dalam kelopak mata dengan warna kuning dan bahagian luar kelopak mata pula guna eyeshadow warna merah. Manakala bagi bahagian bawah mata, gunakan warna biru.
- Untuk bahagian mata sebelah kiri – warnakan bahagian dalam kelopak mata dengan eyeshadow warna kuning dan bahagian luar kelopak mata diwarnakan dengan warna biru. Manakala untuk bahagian bawah mata pula, gunakan warna merah. Siap!
#5 Mekap Floating Eyeliner
Tips mekap:
- Teknik mekap mata terkini dengan menggunakan eyeliner je!
- Cara pun mudah, pilih mana-mana warna eyeliner yang kamu suka atau sesuai dengan padanan fesyen yang kamu pakai.
- Kemudian buat garisan atau bentuk yang kamu ingini pada bahagian kelopak mata. Siap!
- Oh, kalau nak nampak lagi best letak glitter di bahagian bawah mata.
Bonus
#6 Mekap Eyeshadow Pastel & Manik Blink
Tips mekap:
- Tidak kira sama ada kamu ingin memilih gaya mekap eyeshadow dengan warna pastel atau pun dengan gaya lekatan manik blink. Kedua-duanya akan memberikan hasil dan sentuhan mekap yang memuaskan!
- Jadi sebenarnya gaya mekap apa pun yang kamu pilih, yang penting ianya bersesuaian dengan penampilan dan fesyen yang digayakan.
Dalam banyak-banyak jenis mekap eyeshadow yang Halsey kenakan, yang mana satu kamu suka?